Bismillahirrahmanirrahim....
_Peringtan buat diriku dan teman-teman sekalian..
Betapa agung Allah yang maha penyayang menjadikan kita sebahagian daripada limpahan kasih sayangnya. Kita telah dilahirkan menjadi seorang Islam walaupun tanpa diminta. Ini adalah bukti kasih sayang Allah kepada kita yang mana "hanya hamba"Nya. Apa yang bakal terjadi apabila saat kita dilahirkan, Allah menetapkan kita bukan seorang Islam? Betapa berat perjuangan saudara-saudara kita yang bukan Islam bagi bertauhid dan beribadat kepada Allah S.W.T.
Salam sejahtera dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Melalui dakwahnya, umat manusia di dunia mengenal kebenaran. Melalui dakwahnya, kita dapat memahami hakikat kehidupan ini. Semoga Allah memberikan kemudahan dan kemampuan kepada kita supaya dapat kita mencontohi sunnah rasul yang mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Tiada sikap yang begitu baik yang dapat kita lakukan selain bersyukur kepada Allah atas limpahan kurnianya dalam kehidupan ini. Kita sebaik-baiknya bersyukur atas beberapa perkara asas. Pertama, bersyukur kerana Allah mencipta kita sebagai manusia. Makhluk yang begitu sempurna. Sebagai manusia kita memiliki berbagai-bagai kelebihan dan keutamaan apabila dibandingkan dengan makhluk lain. manusia adalah makhluk yang begitu mulia yang diberikan kesenangan lebih daripada makhluk lain. Dalam hal ini kita sebaik-baiknya bersyukur atas berbagai-bagai kelebihan yang kita miliki. Bagaimanakah cara mensyukurinya? Itulah masalah yang perlu kita fahami dengan lebih mendalam.
Renungan..
Ingatlah! Kita lahir ke dunia ini selepas melalui perjuangan yang begitu mencabar. Kita lahir selepas bersaing dengan ratusan juta sperma yang memburu sel telur dan yang berjaya menemui sel telur hanya satu iaitu kita! Jadi, kita pernah berjuang dengan kuat tanpa kita sedari. Ini adalah kejayaan awal kita.
Kedua, kita patut bersyukur atas pemberian anugerah terbesar dalam hidup ini iaitu nikmat iman dan Islam. Faktanya, tidak semua manusia lahir sebagai umat Islam. Tidak semua manusia beriman. Ini bererti keimanan dan keislaman adalah anugerah yang sebaik-baiknya kita syukuri. Keislaman dam keimanan menjadi modal demi mencapai kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat. Apabila kita mensia-siakan anugerah ini, kita mengalami kerugian yang begitu besar. Bagaimanakah cara bagi mensyukurinya? Ini juga perlu kita fahami dengan lebih lanjut teman-temanku.
Renungan..
Ingatlah, keimanan dan keislaman adalah nikmat yang begitu mahal, melebihi semua benda yang bernilai di dunia ini. Begiru ramai orang yang sibuk mencari dan mempertahankan harta dan jawatan kerana menganggap kedua-dua perkara itu begitu berharga. Bagi seseorang yang memahami betapa mahalnya keimanan dan keislaman, keperluan kepada harta dan jawatan tidak melalaikan dirinya daripada keteguhan iman dan Islam. Apabila kita perlu memilih antara keduanya, tentu kita memilih keimanan dan keislaman. Tidak mungkin keimanan dan keislaman ditukar dengan harta dan jawatan.
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
2 days ago
0 comments:
Post a Comment