BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 27, 2010

Kita ingat lg......(kasih sayang seorang bapa/ayah)

video

Assalamua'laikum.... Apa kaba sahabat2ku... apa kaba iman di dalam dada kalian? Harap kita semua masih didalam rehda-Nya Ya Rabb....
jom... semua sahabat2ku... kita menghayati sebentar video pendek yang sangat menarik, yang telah dihasilkan oleh seorang sahabat kita... insyaAllah... yang mana, video ini mampu membuat kita terfikir sejenak pengorbanan yang telah diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya(kita) yang mana kita ini adalah anugerah & pemberian tak ternilai daripa Allah SWT kepada mereka(ayah kita/ketua keluarga) ...
Haigailah segala pengorbanan yang telah ayah kita korbankan sepanjang membesarkan kita & seluruh ahli keluarga kita yang mana mereka telah berkorban tanpa diminta untuk kita menbalasnya kepada mereka.... betapa agung nya kasih sayang Allah, yang telah memberi sedikit dari rasa kasih sayang-Nya kepada Ayah kita, agar teruk tabah & berjuang dalam menjadi ayah & ketua dalam keluarga kita...
sementara dia masih hidup, hargai & patuhlah kata-katanya..
kepada yg tidak berkesempatan..... doakanlah dia, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman, dikasihi & dicintai Allah SWT..

sedilkit perkongsian: 3 perkara yang mana, pahalanya akan terus kita perolehi walaupun seseorang telah meninggal dunia:
1. Doa anak yang sholeh;
2.Sedekah amal jar'iah;
3.Ilmu yang bermanfaat..


Read more...

Sunday, August 15, 2010

Al-Quran Surah #89 | Meccan Al-Fajr | 30 verses



سورة الفجر
Sura #89 Meccan Al-Fajr 30 verses
The Dawn

وَالْفَجْرِ ﴿١﴾
(1) Demi waktu fajar;

وَلَيَالٍ عَشْرٍ ﴿٢﴾
(2) Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);

وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ ﴿٣﴾
(3) Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;

وَاللَّيْلِ إِذَا يَسْرِ ﴿٤﴾
(4) Dan malam, apabila ia berlalu;

هَلْ فِي ذَ‌ٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِي حِجْرٍ ﴿٥﴾
(5) Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ ﴿٦﴾
(6) (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)

إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ ﴿٧﴾
(7) Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)

الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ ﴿٨﴾
(8) Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?

وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ ﴿٩﴾
(9) Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?

وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ ﴿١٠﴾
(10) Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?

الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ ﴿١١﴾
(11) (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).

فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ ﴿١٢﴾
(12) Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.

فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ ﴿١٣﴾
(13) Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;

إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ ﴿١٤﴾
(14) Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)

فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ ﴿١٥﴾
(15) (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku!

وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ ﴿١٦﴾
(16) Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku!

كَلَّا ۖ بَل لَّا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ ﴿١٧﴾
(17) Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya);

وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ ﴿١٨﴾
(18) Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;

وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلًا لَّمًّا ﴿١٩﴾
(19) Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),

وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا ﴿٢٠﴾
(20) Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!

كَلَّا إِذَا دُكَّتِ الْأَرْضُ دَكًّا دَكًّا ﴿٢١﴾
(21) Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,

وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا ﴿٢٢﴾
(22) Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),

وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ ۚ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّىٰ لَهُ الذِّكْرَىٰ ﴿٢٣﴾
(23) Serta diperlihatkan Neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik) dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي ﴿٢٤﴾
(24) Dia akan berkata: Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!

فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُ أَحَدٌ ﴿٢٥﴾
(25) Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.

وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُ أَحَدٌ ﴿٢٦﴾
(26) Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾
(27) (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾
(28) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾
(29) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia

وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾
(30) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!


Developed by www.SearchTruth.com


Important Note:
1- SearchTruth.com is providing the Highly Accurate Verified Precise Quran Arabic Text Alhumdulillah but if you see any mistake or have any suggestion then please let us know and we will fix it, InshaAllah.
2- Lot of Islamic Softwares are available FREE for your Computer and Mobile Phone at www.SearchTruth.com website.


Read more...

Al-Quran Surah #88 | Meccan Al-Ghaashiya | 26 verses

سورة الغاشية

The Overwhelming

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ ﴿١﴾
(1) Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ ﴿٢﴾
(2) Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ ﴿٣﴾
(3) Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً ﴿٤﴾
(4) Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar), -

تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ آنِيَةٍ ﴿٥﴾
(5) Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya.

لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ ﴿٦﴾
(6) Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِي مِن جُوعٍ ﴿٧﴾
(7) Yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ ﴿٨﴾
(8) (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ ﴿٩﴾
(9) Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ ﴿١٠﴾
(10) (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَاغِيَةً ﴿١١﴾
(11) Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ ﴿١٢﴾
(12) Di dalam Syurga itu ada mata air yang mengalir,

فِيهَا سُرُرٌ مَّرْفُوعَةٌ ﴿١٣﴾
(13) Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

وَأَكْوَابٌ مَّوْضُوعَةٌ ﴿١٤﴾
(14) Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ ﴿١٥﴾
(15) Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

وَزَرَابِيُّ مَبْثُوثَةٌ ﴿١٦﴾
(16) Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ ﴿١٧﴾
(17) (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ ﴿١٨﴾
(18) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ ﴿١٩﴾
(19) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ ﴿٢٠﴾
(20) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنتَ مُذَكِّرٌ ﴿٢١﴾
(21) Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ ﴿٢٢﴾
(22) Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ ﴿٢٣﴾
(23) Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta dia kufur ingkar;

فَيُعَذِّبُهُ اللَّهُ الْعَذَابَ الْأَكْبَرَ ﴿٢٤﴾
(24) Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

إِنَّ إِلَيْنَا إِيَابَهُمْ ﴿٢٥﴾
(25) Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم ﴿٢٦﴾
(26) Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.


Developed by www.SearchTruth.com


Important Note:
1- SearchTruth.com is providing the Highly Accurate Verified Precise Quran Arabic Text Alhumdulillah but if you see any mistake or have any suggestion then please let us know and we will fix it, InshaAllah.
2- Lot of Islamic Softwares are available FREE for your Computer and Mobile Phone at www.SearchTruth.com website.


Read more...

Al-Quran Surah #87 | Meccan Al-A'laa | 19 verses

سورة الأعلى

The Most High

سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى ﴿١﴾
(1) Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan),

الَّذِي خَلَقَ فَسَوَّىٰ ﴿٢﴾
(2) Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;

وَالَّذِي قَدَّرَ فَهَدَىٰ ﴿٣﴾
(3) Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayat petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);

وَالَّذِي أَخْرَجَ الْمَرْعَىٰ ﴿٤﴾
(4) Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,

فَجَعَلَهُ غُثَاءً أَحْوَىٰ ﴿٥﴾
(5) Kemudian Dia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering (berubah warnanya) kehitam-hitaman.

سَنُقْرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰ ﴿٦﴾
(6) Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,

إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ ۚ إِنَّهُ يَعْلَمُ الْجَهْرَ وَمَا يَخْفَىٰ ﴿٧﴾
(7) Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan. Sesungguhnya Dia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), yang nyata dan yang tersembunyi.

وَنُيَسِّرُكَ لِلْيُسْرَىٰ ﴿٨﴾
(8) Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.

فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَىٰ ﴿٩﴾
(9) Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);

سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَىٰ ﴿١٠﴾
(10) Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;

وَيَتَجَنَّبُهَا الْأَشْقَى ﴿١١﴾
(11) Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,

الَّذِي يَصْلَى النَّارَ الْكُبْرَىٰ ﴿١٢﴾
(12) Dialah orang yang akan menderita bakaran Neraka yang amat besar (azab seksanya),

ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَىٰ ﴿١٣﴾
(13) Selain dari itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾
(14) Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),

وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾
(15) Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾
(16) (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;

وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ﴿١٧﴾
(17) Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

إِنَّ هَـٰذَا لَفِي الصُّحُفِ الْأُولَىٰ ﴿١٨﴾
(18) Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -

صُحُفِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ ﴿١٩﴾
(19) Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.


Developed by www.SearchTruth.com


Important Note:
1- SearchTruth.com is providing the Highly Accurate Verified Precise Quran Arabic Text Alhumdulillah but if you see any mistake or have any suggestion then please let us know and we will fix it, InshaAllah.
2- Lot of Islamic Softwares are available FREE for your Computer and Mobile Phone at www.SearchTruth.com website.


Read more...

Al-Quran Surah #86 | Meccan At-Taariq | 17 verses

سورة الطارق

The Morning Star

وَالسَّمَاءِ وَالطَّارِقِ ﴿١﴾
(1) Demi langit dan "At-Taariq";

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الطَّارِقُ ﴿٢﴾
(2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu?

النَّجْمُ الثَّاقِبُ ﴿٣﴾
(3) (At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya);

إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ ﴿٤﴾
(4) Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya).

فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ مِمَّ خُلِقَ ﴿٥﴾
(5) (Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: Dari apa dia diciptakan.

خُلِقَ مِن مَّاءٍ دَافِقٍ ﴿٦﴾
(6) Dia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim);

يَخْرُجُ مِن بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ ﴿٧﴾
(7) Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.

إِنَّهُ عَلَىٰ رَجْعِهِ لَقَادِرٌ ﴿٨﴾
(8) Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati),

يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ ﴿٩﴾
(9) Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat dan lain-lainnya),

فَمَا لَهُ مِن قُوَّةٍ وَلَا نَاصِرٍ ﴿١٠﴾
(10) Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri) dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan).

وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الرَّجْعِ ﴿١١﴾
(11) Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,

وَالْأَرْضِ ذَاتِ الصَّدْعِ ﴿١٢﴾
(12) Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan,

إِنَّهُ لَقَوْلٌ فَصْلٌ ﴿١٣﴾
(13) Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar),

وَمَا هُوَ بِالْهَزْلِ ﴿١٤﴾
(14) Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.

إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًا ﴿١٥﴾
(15) Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat,

وَأَكِيدُ كَيْدًا ﴿١٦﴾
(16) Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka dan menggagalkannya).

فَمَهِّلِ الْكَافِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًا ﴿١٧﴾
(17) Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.


Developed by www.SearchTruth.com


Important Note:
1- SearchTruth.com is providing the Highly Accurate Verified Precise Quran Arabic Text Alhumdulillah but if you see any mistake or have any suggestion then please let us know and we will fix it, InshaAllah.
2- Lot of Islamic Softwares are available FREE for your Computer and Mobile Phone at www.SearchTruth.com website.


Read more...

Al-Quran Surah #85 | Meccan Al-Burooj | 22 verses

سورة البروج

The Constellations

وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ ﴿١﴾
(1) Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;

وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ ﴿٢﴾
(2) Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;

وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ ﴿٣﴾
(3) Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan;

قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ ﴿٤﴾
(4) Celakalah kaum yang menggali parit,

النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ ﴿٥﴾
(5) (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,

إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ ﴿٦﴾
(6) (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,

وَهُمْ عَلَىٰ مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ ﴿٧﴾
(7) Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.

وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَن يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ ﴿٨﴾
(8) Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!

الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ ﴿٩﴾
(9) Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ ﴿١٠﴾
(10) Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ ذَ‌ٰلِكَ الْفَوْزُ الْكَبِيرُ ﴿١١﴾
(11) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

إِنَّ بَطْشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ ﴿١٢﴾
(12) Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.

إِنَّهُ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ ﴿١٣﴾
(13) Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).

وَهُوَ الْغَفُورُ الْوَدُودُ ﴿١٤﴾
(14) Dan Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.

ذُو الْعَرْشِ الْمَجِيدُ ﴿١٥﴾
(15) Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,

فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ ﴿١٦﴾
(16) Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْجُنُودِ ﴿١٧﴾
(17) Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?

فِرْعَوْنَ وَثَمُودَ ﴿١٨﴾
(18) (Mereka itu ialah kaum) Firaun dan Thamud (kaum Nabi Soleh).

بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي تَكْذِيبٍ ﴿١٩﴾
(19) (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;

وَاللَّهُ مِن وَرَائِهِم مُّحِيطٌ ﴿٢٠﴾
(20) Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!

بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَّجِيدٌ ﴿٢١﴾
(21) (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;

فِي لَوْحٍ مَّحْفُوظٍ ﴿٢٢﴾
(22) (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.


Developed by www.SearchTruth.com


Important Note:
1- SearchTruth.com is providing the Highly Accurate Verified Precise Quran Arabic Text Alhumdulillah but if you see any mistake or have any suggestion then please let us know and we will fix it, InshaAllah.
2- Lot of Islamic Softwares are available FREE for your Computer and Mobile Phone at www.SearchTruth.com website.


Read more...

Al-Quran Surah #84 | Meccan Al-Inshiqaaq | 25 verses

سورة الإنشقاق

The Splitting Open

إِذَا السَّمَاءُ انشَقَّتْ ﴿١﴾
(1) Apabila langit terbelah,

وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ ﴿٢﴾
(2) Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh;

وَإِذَا الْأَرْضُ مُدَّتْ ﴿٣﴾
(3) Dan apabila bumi diratakan,

وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ ﴿٤﴾
(4) Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong,

وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ ﴿٥﴾
(5) Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).

يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ ﴿٦﴾
(6) Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ ﴿٧﴾
(7) Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya;

فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا ﴿٨﴾
(8) Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

وَيَنقَلِبُ إِلَىٰ أَهْلِهِ مَسْرُورًا ﴿٩﴾
(9) Dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ ﴿١٠﴾
(10) Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,

فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا ﴿١١﴾
(11) Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,

وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا ﴿١٢﴾
(12) Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang.

إِنَّهُ كَانَ فِي أَهْلِهِ مَسْرُورًا ﴿١٣﴾
(13) Sebenarnya dia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!

إِنَّهُ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ ﴿١٤﴾
(14) Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)!

بَلَىٰ إِنَّ رَبَّهُ كَانَ بِهِ بَصِيرًا ﴿١٥﴾
(15) (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan dia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!

فَلَا أُقْسِمُ بِالشَّفَقِ ﴿١٦﴾
(16) Maka Aku bersumpah, demi mega;

وَاللَّيْلِ وَمَا وَسَقَ ﴿١٧﴾
(17) Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;

وَالْقَمَرِ إِذَا اتَّسَقَ ﴿١٨﴾
(18) Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:

لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ ﴿١٩﴾
(19) Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)

فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ﴿٢٠﴾
(20) Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?

وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ الْقُرْآنُ لَا يَسْجُدُونَ ۩ ﴿٢١﴾
(21) Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?

بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا يُكَذِّبُونَ ﴿٢٢﴾
(22) (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;

وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ ﴿٢٣﴾
(23) Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.

فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٢٤﴾
(24) Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ ﴿٢٥﴾
(25) Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.


Developed by www.SearchTruth.com


Important Note:
1- SearchTruth.com is providing the Highly Accurate Verified Precise Quran Arabic Text Alhumdulillah but if you see any mistake or have any suggestion then please let us know and we will fix it, InshaAllah.
2- Lot of Islamic Softwares are available FREE for your Computer and Mobile Phone at www.SearchTruth.com website.


Read more...

Al-Quran Surah #83 | Meccan Al-Mutaffifin | 36 verses

سورة المطففين
Defrauding

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ ﴿١﴾
(1) Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),

الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ ﴿٢﴾
(2) Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,

وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ ﴿٣﴾
(3) Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

أَلَا يَظُنُّ أُولَـٰئِكَ أَنَّهُم مَّبْعُوثُونَ ﴿٤﴾
(4) Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?

لِيَوْمٍ عَظِيمٍ ﴿٥﴾
(5) Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),

يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٦﴾
(6) Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?

كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ ﴿٧﴾
(7) Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam "Sijjiin".

وَمَا أَدْرَاكَ مَا سِجِّينٌ ﴿٨﴾
(8) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia "Sijjiin" itu,

كِتَابٌ مَّرْقُومٌ ﴿٩﴾
(9) Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa).

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ ﴿١٠﴾
(10) Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan -

الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ ﴿١١﴾
(11) Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan.

وَمَا يُكَذِّبُ بِهِ إِلَّا كُلُّ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ ﴿١٢﴾
(12) Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!

إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ ﴿١٣﴾
(13) (Sehingga) apabila dia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berkata: Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!

كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿١٤﴾
(14) Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

كَلَّا إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّمَحْجُوبُونَ ﴿١٥﴾
(15) Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.

ثُمَّ إِنَّهُمْ لَصَالُو الْجَحِيمِ ﴿١٦﴾
(16) Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran Neraka.

ثُمَّ يُقَالُ هَـٰذَا الَّذِي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبُونَ ﴿١٧﴾
(17) Akhirnya dikatakan (kepada mereka): Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu.

كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْأَبْرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ ﴿١٨﴾
(18) Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam "Illiyyiin".

وَمَا أَدْرَاكَ مَا عِلِّيُّونَ ﴿١٩﴾
(19) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Illiyyiin" itu?

كِتَابٌ مَّرْقُومٌ ﴿٢٠﴾
(20) Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata,

يَشْهَدُهُ الْمُقَرَّبُونَ ﴿٢١﴾
(21) Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.

إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ ﴿٢٢﴾
(22) Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat:

عَلَى الْأَرَائِكِ يَنظُرُونَ ﴿٢٣﴾
(23) Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).

تَعْرِفُ فِي وُجُوهِهِمْ نَضْرَةَ النَّعِيمِ ﴿٢٤﴾
(24) Engkau dapat melihat pada muka mereka: Cahaya nikmat yang mereka perolehi.

يُسْقَوْنَ مِن رَّحِيقٍ مَّخْتُومٍ ﴿٢٥﴾
(25) Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya,

خِتَامُهُ مِسْكٌ ۚ وَفِي ذَ‌ٰلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ ﴿٢٦﴾
(26) Meterainya kasturi; dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;

وَمِزَاجُهُ مِن تَسْنِيمٍ ﴿٢٧﴾
(27) Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim":

عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا الْمُقَرَّبُونَ ﴿٢٨﴾
(28) laitu mata air yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).

إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُوا مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا يَضْحَكُونَ ﴿٢٩﴾
(29) Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.

وَإِذَا مَرُّوا بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ ﴿٣٠﴾
(30) Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).

وَإِذَا انقَلَبُوا إِلَىٰ أَهْلِهِمُ انقَلَبُوا فَكِهِينَ ﴿٣١﴾
(31) Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira;

وَإِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوا إِنَّ هَـٰؤُلَاءِ لَضَالُّونَ ﴿٣٢﴾
(32) Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!

وَمَا أُرْسِلُوا عَلَيْهِمْ حَافِظِينَ ﴿٣٣﴾
(33) Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu!

فَالْيَوْمَ الَّذِينَ آمَنُوا مِنَ الْكُفَّارِ يَضْحَكُونَ ﴿٣٤﴾
(34) Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.

عَلَى الْأَرَائِكِ يَنظُرُونَ ﴿٣٥﴾
(35) Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).

هَلْ ثُوِّبَ الْكُفَّارُ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ ﴿٣٦﴾
(36) (Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?


Developed by www.SearchTruth.com


Important Note:
1- SearchTruth.com is providing the Highly Accurate Verified Precise Quran Arabic Text Alhumdulillah but if you see any mistake or have any suggestion then please let us know and we will fix it, InshaAllah.
2- Lot of Islamic Softwares are available FREE for your Computer and Mobile Phone at www.SearchTruth.com website.


Read more...

Friday, August 13, 2010

Ihsan, Iman dan Islam...






Assalamua'laikum... Salam Ukhwah dan Mujahadah...
Kepada semua sahabat2 Alumni ESQ165 Leadership Tranning...
diharap kalian dapat sebarkan link ni di page2 facebook, friendster, blog atau dimana saja yg kalian rasa boleh di-link-kn, bagi menjernihkan dan mengembalikan balik nama baik Leadership Traning ESQ165(1 IHSAN, 6 rukun IMAN dan 5 rukun ISLAM) ni, agar dapt dikongsikan program baik ini dgn sahabat-sahabat yang lainnya.
INSYALLAH>>>>......

SUMBANGAN HADITH NABAWI DALAM PEMANTAPAN PENGURUSAN
...PEMBANGUNAN MODAL INSAN: KAJIAN TERHADAP FIQH HADITH
“ISLAM, IMAN DAN IHSAN” DALAM MODEL LATIHAN ESQ WAY 165
See More

http://www.esqway165.com/wp-content/uploads/sumbangan-hadith-nabawi-dalampemantapan-pembangunan-modal-insan.pdf

www.esqway165.com


Read more...

Tuesday, August 10, 2010

Video: The Divine Book, pt 1)


video

Salam ukhwah buat semua... "The Divine Book".... Video bersiri yang pembongkaran kebenaran Islam.. Sebagai satu-satunya agama yang benar, dan satu-satunya agama yang diterima Allah S.W.T...

Video ini di buat bagi menyatukan seluruh umat manusia di akhir zaman ini....Menyamapaikan "One God, One Original Message" "satu Tuhan, satu pesanan Asli(Mengesakan Allah & Menyerahkan diri sepenuhnya pada Allah)..Siri ini juga bertemakan Penyatuan bagi 3 agama yang terbeasr penganutnya dimuka bumu ini... Islam, Kristian dan Yahudi..... Marilah kita sama-sama menyebarkan kebenaran kepada seluruh umat manusia...


Read more...

Video : Phase 3 pt. 1 (Intro)


video

Perkongsian buat sahabat2 sekalian.. Video bagi merungkaikan apa yang berlaku, tengah berlaku dan yang akan berlaku nnti dalam kehidupan(dunia) kita sekarang ni..

Hayatilah.. Apa kata hatimu.....?.....


Read more...

Friday, August 6, 2010

The Divine Book pt. 8 (Melepasi Ujian Masa)

Assalamualaikum... Sahabat-sahabatku sekalian... Alhamdulillah dikesempatan kali ni diriku berpeluang juga untuk meletakkan artikal "Melepasi Ujian Masa" yang diadaptasikan dari "The Divine Book pt.8".Penulisan ini saya tujukan kepada sahabat-sahabat yang mana belum berpeluang & berkesempatan untuk menonton video "The Divine Book Pt.8" tersebut. Walaupun quiz, test & Assignment semakin mendatang dalam kehidupan ku sebagai mahasisiwa tahun ke-2 dapat juga diriku menaipkan balik,isi2 penting dalam bentuk tulisan. Diharap sedikit sebanyak, dapatlah diperkongsikan kepada kalian... perkongsian melalui konsep pemberian... Maaf kalau ada salah silap, dalam proses penulisan balik ni... _segala tulisan dalam artikal ini, adalah sama seperti kata-kata dalam video tersebut, tiada ubahan atau olahan yg dibuat untuk mengelak daripada kekeliruan berlaku ketika kalian membacanya.. Tulisan ini juga ditujukan khas kepada teman-teman sekalian yang berlainnan agama dan kepercayaannya dengan kami yang beragama Islam(mengesakan Allah)...

Kata-kata dari Dr Zakir Naik:
Ramai orang menyalah anggap...
bahawa nabi Muhammad(S.A.W) adalah pencipta dan penubuh agama Islam.
Namun yang sebenarnya, Islam telahpun wujud sejak manusia pertama kali menjejak kakinya di bumi ini.
Tuhan Maha Besar telah menghantar begitu banyak kitab dan juga nabi kepada kita semua.
Kesemua nabi terdahulu yang diutuskan oleh Allah S.W.T...
hanyalah diutuskan untuk kaum-kaum dan negara-negara tertentu.
Dan pesanan lengkap mereka hanya disampaikan untuk jangka masa yang pendek.
Itulah sebabnya, itulah juga mukjizat yang mereka lakukan.
Seperti membelah laut...
seperti menghidupkan semula yang mati.
Hanya untuk kaum-kaum pada waktu itu, tetapi tidak boleh diperiksa dan disahkan oleh kita pada hari ini.
Nabi Muhammad(S.A.W) adalah pesuruh Tuhan yang terakhir.
Diutuskan kepada seluruh umat manusia...
dan pesanannya pula bertujuan untuk disampaikan sehingga akhir zaman.
Untuk apa-apa kitab pun mengaku bahawa ia adalah dari Tuhan Maha Besar(Allah)...
ia patut melepasi ujian masa.

Perkongsian oleh Seorang Ahli Sains dalam sebuah ucapan beliau....
Selama 35 tahun yang dahulu, saya merupakan seorang yang tidak percaya akan Tuhan.
Saya tahu bahawa Tuhan tidak wujud, saya tidak melihat apa-apa tujuan untuk mengenali Tuhan, dan saya tidak percaya akan Tuhan.
Namun, sejak kecil lagi saya begitu berminat dengan sains.
Dan sementara pengetahuan saya, tentang sains berkembang...
25 tahun dahulu, dalam sekelip mata, saya mendapat ilham bahawa...
alam semesta ini begitu sempurna penciptaannya dan kesemuanya begitu serasi, dan Tuhan patut wujud.

Jadi dalam satu saat, saya pergi dari fahaman bahawa Tuhan tidak pernah wujud kepada fahaman bahawa Tuhan mesti wujud, dan hanya satu Tuhan.
Jadi saya menerima hakikat bahawa Tuhan wujud jadi saya pun mengucap dua kalimah syahadah.
Tetapi saya tiada niat untuk mencari sebuah agama kerana saya berfikiran bahawa semua agama adalah salah.
Dan saya membeli Quran yang diterjemah ke bahasa Inggeris...
dan apabila saya mula membacanya, saya membacanya dengan idea yang sama sepertimana saya membaca kitab Injil, iaitu buku ini ditulis oleh manusia...
tetapi kali ini, kita tahu nama manusia itu, Muhammad.
Jadi apabila saya habis membaca 1/3 dari Quran, saya masih ingat lagi saya memberitahu isteri saya bahawa...
"Kamu tahu, Muhammad ini merupakan seorang yang sangat bijak dan sangat pandai kerana...
kitab ini sangatlah jelas, sangatlah logikal, sangatlah senang untuk difahami, dan tiada satu pun ketidaksetujuan."
Namun, apabila saya meneruskan membaca...
saya terjumpa satu fakta sains yang saya tahu hanya dijumpai pada abad ke-20.
Jadi secara langsung saya tahu bahawa Muhammad bukanlah pengarang kitab ini kerana Muhammad adalah seorang nabi...
yang diutuskan oleh Tuhan untuk menyampaikan kitab Quran kepada umat manusia.
Saya lihat...
MasyaAllah, Muhammad Rasulullah!
Itulah rahmat terbesar yang saya pernah dapat sepanjang hidup saya.
Saya mempunyai keluarga yang sempurna, anak-anak saya juga begitu sempurna, isteri juga...
tetapi rahmat terbesar adalah bahawa Tuhan telah memberi hidayah kepada saya.
Dan apabila saya beribadah, saya berdoa kepada Tuhan agar mematikan saya dalam keadaan iman...
janganlah hilang keimanan saya ini sekali lagi.


Jadi apakah fakta sains yang telah dijumpai lelaki tadi di dalam Quran?
Beri perhatian...
Di dalam setiap zaman, manusia telah selalu terfikir bagaimana alam semesta ini tercipta.
Ke mana ia akan pergi, bagaimana undang-undang yang mengekalkan keseimbangan dan tertibnya berfungsi.
Berabad lamanya, ahli-ahli sains dan juga para pemikir telah membuat segala macam kajian terhadap topik ini...
dan mencipta beberapa teori baru.
Fahaman yang paling biasa pada abad ke-19 adalah bahawa alam semesta ini adalah sebuah pengumpulan jisim...
yang saiznya tidak terhingga, yang wujud sejak azali lagi dan akan terus wujud selama-lamanya.
Membina asas-asas bagi falsafah kebendaan, fahaman ini menolak kewujudan Pencipta.
Sementara ia kekal dengan fahaman bahawa alam semesta tidak ada permulaan, ataupun penamat.
Namun, Edwin Hubble, seorang ahli astronomi Amerika, membuat antara penemuan sains yang paling penting di dalam sejarah.
Sementara beliau memerhati bintang-bintang cakerawala dengan teleskop besarnya...
beliau mendapati bahawa mereka menghasilkan cahaya kemerah-merahan mengikut jarak mereka.
Ia bermakna bahawa bintang-bintang sedang bergerak semakin jauh dari kita.
Kerana mengikut undang-undang asas fizik, spektra pancaran cahaya yang bergerak semakin dekat kepada tempat pemerhatian, berkebiasaan kepada warna violet.
Sementara spektra pancaran cahaya yang bergerak semakin jauh dari tempat pemerhatian, berkebiasaan kepada warna merah.
Semasa pemerhatian Hubble, beliau mendapati bahawa cahaya dari bintang berkebiasaan kepada warna merah.
Ia bermakna bahawa mereka sedang bergerak semakin jauh dari kita.
Tidak lama kemudian, Hubble sekali lagi membuat satu penemuan penting.
Bintang-bintang dan galaksi bukan hanya bergerak semakin jauh dari kita, tetapi semakin jauh dari satu sama lain!
Satu-satunya konklusi yang boleh dibuat dari sebuah fahaman bahawa alam semesta dan bintang-bintang bergerak semakin jauh dari satu sama lain...
adalah bahawa alam semesta ini, berkembang dengan kadar yang tetap.


Sebuah fakta sains yang kemudiannya disahkan oleh Einstien.
Dengan undang-undang perkembangan alam semesta digunakan, jikalau kita boleh mengundur semula masa...
alam semesta ini akan dibuktikan untuk bermula dari satu titik tertentu...
dan alam semesta ini telah dicipta dari letupan satu titik ini yang tiada jisim.
Letupan besar ini kemudian dinamakan, "THE BIG BANG".

Maklumat ini ada disebut di dalam Quran yang agung di dalam surah Anbiyaa'.
Satu permulaan yang sangat-sangat menarik.
"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi keduanya dahulu adalah satu yang padu(bertaut/bersatu), kemudian kami belahkan(pisahkan) keduanya. Kami jadikan setiap sesuatu yang hidup dari air. Tidakkah mereka percaya?"
Surah 21 ayat 30.
Maksud Pisah:
Untuk membelah atau membahagikan dengan menetaknya.
Bayangkan, maklumat ini yang dijumpai dan dapat dibuktikan baru-baru ini.
Namun, Quran mendedahkannya 1400 tahun yang dahulu!

Data yang dikumpul Hubble disemak berkali-kali, dan akhirnya ia disahkan benar!
Bahawa alam semesta sedang berkembang dan bukannya tidak bergerak.
Hubble kemudiannya memenangi anugerah Nobel kerana penemuan yang mengagumkan ini.


(Sebahagian)Dialog antara pakar ahli sains yg berpahaman Atheist dgn Islam tentang kewujudan Pencipta dan asal usul kehidupan:

"Seorang Atheist(orang tidak percayakan Tuhan)"
Dan kamu mengejutkannya, menjumpai buku berdakwat(Al-Quran) ini yang memberitahu kamu dari mana kita semua datang...
Mereka telah melakukannya selama beberapa abad yang lalu, iaitu memasukkan persoalan itu ke dalam "Tuhan" mereka.

Hassanain Raibali
Kamu bercakap tentang Tuhan, kami memanggil Allah sebagai Tuhan.
Apakah Allah? Allah dari segi Islam bermaksud satu-satunya Tuhan yang mutlak dan tidak boleh dipersekutukan.
Apabila kamu kata ia palsu, maka palsukan kewujudan saya ini. Saya cabar kamu palsukan!
Beritahu saya bahawa saya tidak wujud.
Kerana pada saat kamu membincangkan tentang kewujudan saya dan juga kamu, kamu mesti pula menyemak semula kebernaran sumber kewujudan kita berdua.

Fakta Sains:
Dengan undang-undang perkembangan alam semesta digunakan, jikalau kita boleh mengundur semula masa...
alam semesta ini akan dibuktikan untuk bermula dari satu titik tertentu.
Satu-satunya konklusi yang boleh dibuat dari sebuah fahaman bahawa alam semesta dan bintang-bintangnya bergerak semakin jauh dari satu sama kain...
adalah bahawa alam semesta ini, berkembang dengan kadar yang tetap.

Jadi seterusnya kita baca di dalam Quran, di dalam surah Adz-Dzaariyat, surah 51 ayat 47-48.
"Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan(Kami)...
dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya(membentangkannya)."


Namun ramai yang menolak......








Read more...

Wednesday, August 4, 2010

The Divine Book pt. 9 (Bukti Semua Nabi Adalah Islam

Saya dedikasikan episod ini kepada setiap orang ataupun kumpulan yang cuba untuk meruntuhkan siri ini(The Divine Book).
Dan juga setiap orang ataupun kumpulan muslim yang bukan sejati yang cuba untuk memutarbelitkan makna perpaduan dan kebenaran.

Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian), marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan tidak sekutukan-Nya sesuatu juapun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil orang-orang lain sebagai pujaan selain dari Allah." Kemudian jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Quran, Surah Al-Imran:64)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hidup ini merupakan satu perjalan.....

Perjalanan inilah ujian kita.....

Banyak kali kita akan hilang arah dan hilang tujuan hidup... dan membiarkan benda-benda tidak penting untuk memenuhi impian dan matlamat hidup kita....

Kita hilang tumpuan akan perjalanan kita, dan juga hilang tujuan hudup... sementara roh dan jiwa kita merindukan untuk menemui Pencipta kita....

Pencipta yang sama yang telah menciptakan segala yang wujud, supaya kita boleh menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Ilahi untuk mencari dan menemui-Nya....

Apakah yang diperlukan untuk kita mengatasi perbezaan yang diciptakan manusia dan bersatu di bawah satu Pencipta yang begitu agung?....

Kamu boleh pilih untuk menonjolkan perbezaan kita....

kamu juga boleh memilih untuk memanggil diri kamu apa saja yang kamu ingin...

sunni, shia'h, kristian, yahudi, buddha, rastafarian, zoroastrian, hindu, dan lain-lain...

tetapi kamu perlu tahu bahawa Tuhan telah memilih satu saja nama untuk mereka yang betul-betul percaya.

Dan apabila kamu melihat di sebalik semua perbezaan ini, kamu mungkin akan terkejut melihat apa yang kamu akan temui...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Di dalam Al-Quran, Tuhan Maha Besar telah bersabda..
"Satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah adalah Islam..."
Jadi bagaimana pula dengan yahudi?
Bagaimana pula dengan Kristian?
Tidakkah mereka wujud? Betulkah agama Yahudi dan Kristian?
Saya akan berkata ya, tetapi bukan dengan nama.
Nama-nama ini tidak pernah wujud.
Kerana bagaimana berasalnya perkataan "Yahudi"?
Kamu akan bertanya kepada orang-orang pakar Yahudi!
Tanya mereka, dari manakah asalnya perkataan Yahudi??
Adakah ia terdapat di dalam kitab kamu?
Kitab Yahudi iaitu Kitab Injil lama. Terdapat 5 buku asal kitab ini dan antaranya ialah Genesis.
Dan kelima-lima buku ini sepatutnya dipanggil "Taurat" yang bermaksud undang-undang.
Inilah asas-asas ajaran nabi Musa.
Adakah perkataan "Yahudi" terkandung di dalam kitab Taurat?
Dia akan berkata, Tidak!
Adakah ia terdapat di dalam kitab Talmud?
Dia akan berkata, Tidak!
Adakah ia terkandung di dalam Mithna?
Dia akan berkata, Tidak!
Dan dari mana asalnya perkataan itu?
Dari mana kamu dapat perkataan "Yahudi" ini?
Adakah nabi Musa menyebut perkataan "Yahudi"?
Dia akan berkata, Tidak!
Baginda tidak pernah menggunakan perkataan "Yahudi".
Jika nabi Musa hidup hari ini, dan kita berkesempatan untuk bertemu dengannya,...
kamu tanya baginda, apakah agama kamu sebenarnya?
Apakah nama agama kamu sebenarnya?
Saya tidak mengharap untuk baginda menjawab "Yahudi"!
Kerana baginda tidak pernah mendengar perkataan itu sepanjang hidupnya!
Apa yang saya harap untuk baginda jawab ialah...
"Agama saya adalah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan".
Sebuah jawapan yang sangat cantik untuk agama yang baginda sebarkan.
Sekarang, satu perkataan ringkas untuk ayat tadi di dalam bahasa Arab ialah ISLAM!!
Baginda hanya memberikan sebuah penerangan iaitu agama menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan(Allah).
Satu perkataan ringkas untuk ayat itu di dalam bahasa Arab ialah Islam.
Judaism(Yahudi) berasal dari perkataan "Juda" yang merupakan nama bagi salah seorang anak Ya'akub.
Dan orang-orang luar memanggil agama yang diikuti oleh anak-anak "Juda" di negeri "Judia" sebagai Judaism(Yahudi)!
Itulah asalnya perkataan Judaism.
Ia bukan di dalam Taurat, bukan di dalam Talmud, bukan di dalam Mithna, tetapi ia merupakan satu perkataan ciptaan.
Mereka semua menyukai nama itu dan mula menggunakannya, Judaism.
Nabi Musa tidak pernah dengar perkataan Judaism.

Bagaimana pula dengan perkataan Kristrian?
Jika kita berkesempatan untuk bertemu pula dengan Nabi Isa dan bertanya kepadanya,...
"Apakah pula agama kamu wahai Isa?"
Saya tidak mengharapnya untuk menjawab Kristian!
Kerana baginda juga tidak pernah mendengar perkataan itu!
Percayalah, baginda tidak pernah mendengar perkataan Kristian sepanjang hidupnya! Perkataan "Christ" tidak pernah didengar oleh baginda juga!
Apa pula yang kamu harap baginda menjawab?
Apa yang saya harap untuk baginda jawab ialah...
"Agama saya adalah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah."
Dan satu perkataan ringkas untuk ayat itu di dalam bahasa Arab ialah Islam.
Agama baginda adalah Islam, agama nabi Musa juga adalah Islam dan mereka adalah Muslim!

Adakah itu bermaksud yang mereka mengikut ajaran Muhammad?
Tidak!
Kerana perkataan Muslim bermaksud seseorang yang menyerahkan dirinya kepada Tuhan.
Ibrahim seorang Muslim, Daud seorang Muslim, Sulaiman seorang Muslim, Isa seorang Muslim, Muhammad seorang Muslim.
Sesiapa saja yang menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada Tuhan adalah seorang Muslim!
Alam semulajadi juga adalah Muslim kerana mereka semua berserah diri sepenuhnya kepada Tuhan.
Tetapi sesetengah manusia akan juga berpaling dari Tuhan dan tidak suka berserah diri kepada-Nya.
Mereka berkata: "Kami tidak percayakan Tuhan dan berkata macam-macam lagi tentang diri mereka".
Namun kesemua benda semulajadi seperti matahari, bulan, bintang, tumbuhan, planet, semuanya berserah diri kepada Tuhan!
Oleh itu kita panggil mereka juga Muslim!
Hanya segelintir manusia yang tidak berserah.
Jadi dari manakah asalnya perkataan Kristian?
Adakah ia terkandung di dalam kitab Injil?
Tak ada! Perkataan Kristian tidak terkandung di dalamnya!
Tetapi ada terkandung perkataan "Christ" di dalamnya.
Musuh-musuh ataupun mereka yang menentang ajaran nabi Isa memanggil pengikut nabi Isa sebagai "Kristian".
Menekankan bahawa mereka adalah orang-orang yang menyembah nabi Isa.
Jadi, mereka dipanggil oleh musuh-musuh mereka sebagai Kristian.
Nabi Isa tidak menciptakan perkataan Kristian. Tidak sama sekali. Musuh-musuh mereka yang memanggil mereka Kristian.


Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaran-Nya?
Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya? (QS.Al-Imran:70-71)

Apabila iman memasuki hati seseorang... maka Allah memasukkan juga Nur(Cahaya) ke dalamnya. Dan dengan cahaya itu, hati itu boleh melihat apa yang mata tidak mampu lihat. Dan Allah, iaitu Tuhan yang Satu, bersabda "Dan Kami menurunkan kitab ini wahai Muhammad, turun-Nya supaya ia dapat menerangkan tiap-tiap sesuatu". Dan bagi mereka yang mempunyai akal fikiran dan kebijaksaan untuk mencuba meneroka Kitab itu dan mengkaji kitab Allah, dan mencari apa yang dapat menerangkan dan apa yang dapat memberi hidayah. Dan kemudian mereka menerimanya, dan mendakapnya, dan kemudian mengamalkannya di dalam kehidupan mereka. Berita baik dan sukacita bagi mereka!
Sheikh Imran Hosein


One God, One Original Message.....( Satu Tuhan, Satu Pesanan Asli)

Namun ramai yang menolak.


Read more...

Muhasabah Cinta-Lirik

Assalamua'laikum....

Sahabat-sahabatku sekalian.... Marilah sama-sama kita hayati lirik lagu Muhasabah Cinta ini.. agar dapat kia jadikannya sebagai kata-kata indah buat pedoman diri kita seharian.. yang mana, kita ini(full time) hanyalah hamba-Nya..

_pesanan buat kalian....

jaga diri, jaga hati, jaga iman, & jagalah akhlakmu..........

Salam ukhwah & mujahadah buat semua..


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku


Read more...