BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 18, 2010

Phase 3(fasa 3)


pt 1(Intro)

Phase 3 merupakan sebuah projek bersama oleh beberapa pengarah filem di seluruh dunia dalam usaha memaparkan dan mendedahkan kehidupan zaman kita hari ini. Filem ini akan menerapkan sikap penghormatan dan persefahaman di antara agama dan juga cuba mendidik teman-teman untuk memulihkan dunia kita hari ini.


berasaskan analisis Sheikh Imran N. Hosein tentang ramalan Kitab Injil dan Islam.

Apa yang akan dipersembahkan kepada teman-teman tidak patut dianggap benar sepenuhnya,... tetapi sebagai sebuah kajian yang teliti yang seterusnya akan disiasat oleh para teman-teman kemudian.



"Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu..."(Al-Baqarah:213)



Apabila mereka menjajah sesebuah negara... mereka tidak akan sesekali meninggalkan negara itu selagi mereka tidak menubuhkan sebuah institusi yang akan memastikan... mereka terus berkuasa ke atas negara itu melalui seorang wakil.
Dan pada masa yang sama, mereka akan cuba mengubah umat manusia menjadi salinan diri mereka sendiri. Ini tidak pernah berlaku di dalam sejarah dunia!
Jika saya tidak cuba untuk memahami apa yang sedang berlaku sekarang, maka saya boleh dianggap bodoh! Bila lagi akan saya bangkit?!

Nabi Muhammad S.A.W. telah meingatkan kita tentang pelepasan Dajjal sewaktu jangka hayat baginda. Baginda meneruskan dengan berkata apabila Dajjal dibebeaskan ke dunia ini, dia akan hidup di muka bumi ini selama 40 hari.
Satu hari seperti setahun....
Satu hari seperti sebulan....
satu hari seperti seminggu....
Dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita.

Analisis yang terkandung di dalam buku ini memberi hujah bahawa... apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, BRITAIN merupakan tanah pemerintahannya.
Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, AMERIKA SYARIKAT menjadi tanah pemerintahannya.
Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci ISRAEL.


pt 2(Perlambangan Keagamaan)

Ramai orang hari ini semakin kecewa akan ketidakupayaan sains untuk menjawab antara soalan yang paling mendalam tentang zaman kita, oleh itu mereka berpaling semula ke zaman dahulu untuk mencari jawapannya.
Kita sekarang sudah mencapai sebuah zaman di mana beberapa masalah sistem yang penting bertemu. Pertemuan di antara masalah sisitem tenaga, sistem cuaca, sistem kewangan, pengeluaran makanan, isu berkenaan air.
Kita sudah mencapai zaman di mana kesemua masalah ini bertemu! Suatu zaman di mana bumi ini akhirnya akan hancur atau diperbaharui ataupun kedua-duanya sekali!
Setiap budaya di dunia ini telah ada ramalan tentang akhir zaman mereka yang tersendiri. Saya rasa ia merupakan satu perkara semulajadi di mana setiap orang seakan-akan dapat merasa satu hubungan di antara tradisi kebudayaan kita dengan apa yang sedang berlaku di dalam dunia kita hari ini.

Bagaimana kamu nak mentakrifkan perlambangan keagamaan?
Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini.
Baginda Nabi Muhammad S.A.W. bersabda... "Setiap nabi telah memberi amaran kepada kaum-kaum mereka sendiri tentang Dajjal. Dan begitu juga dengan Nabi Nuh A.S... tetapi aku akan memberitahu kalian apa yang tidak pernah dikatakan oleh nabi-nabi yang terdahulu... kerana sesungguhnya Dajjal itu melihat dengan satu mata, mata kirinya.
Dan buta di sebelah kanannya... yang kelihatan seperti sebiji anggur yang terapung. Tetapi Tuhan kamu tidaklah bermata satu. Di antara matanya iaitu pada dahinya, tertulis perkataan "KAFIR". Dan sesungguhnya setiap mukmin akan dapat melihatnya. Seorang mukmin adalah seseorang yang telah menerima sepenuhnya kehendak agama.
Bukan sahaja menerimanya dengan lisan, tetapi telah memasuki hatinya. Iaitu seseorang yang mempunyai kepercayaan. Jadi setiap mukmin akan dapat melihat dan mengecam Dajjal ini. Tak kiralah dia pandai membaca ataupun tidak".

Tetapi mengapa... orang-orang yang tidak percaya, tidak boleh membacanya?


Mereka yang mempunyai iman dapat membacanya. Tetapi mereka yang tidak ada iman, tidak boleh membacanya. Jadi mungkin kita patut menghantarnya ke pusat pakar mata untuk memeriksa matanya.
Mengapa kamu tidak boleh membaca?
Tetapi apabila keputusan pemeriksaan mata tadi keluar, hasilnya dia tidak mempunyai apa-apa masalah! Tiada penyakit Glaukoma, tiada penyakit katarak mata. Matanya sempurna!
Tetapi mengapa dia masih tidak boleh menbacanya??
Dan mengapa pula mereka yang mempunyai iman boleh membaca dan mengecam perkataan "Kafir" tadi??

Mungkin, mereka yang mempunyai iman tidak membaca menggunakan dua mata fizikal mereka.

Terdapatkah apa-apa mata lain selain daripada mata kita yang dua ini?
Terdapatkah apa-apa telinga lain selain daripada telinga kita yang dua ini?
terdapatkah apa-apa cara lain untuk menerima ilmu selain dari pancaindera dan akal fikiran kita?

Dunia moden barat yang tidak percayakan Tuhan barkata, Tidak.
Tetapi Quran kata, Ya!
Quran kata bahawa hati boleh melihat.
Quran kata bahawa hati boleh mendengar.

Apabila iman memasuki hati seseorang, maka Allah memasukkan juga "cahaya" ke dalamnya. Dan dengan cahaya itu, hati dapat melihat apa yang dua mata ini tak dapat melihat.
Dan sekarang ia menjadi begitu jelas dan terang bahawa... seseorang yang mempunyai iman sedang melihat, dia bukan sekadar melihat dengan mata dua ini,... dia juga melihat dengan hatinya.

Dan ia menjadi begitu jelas dan terang lagi bahawa... apabila Dajjal melihat dengan mata kirinya, ia melambangkan penglihatan fizikal.
Dan sebab mengapa Dajjal buta mata sebelah kanannya adalah kerana ia melambangkan pembutaan rohaninya.
Pendahuluan sebegini kita sekarang dapat memahami bahawa... apabila kita menyentuh bab Dajjal, terdapat banyak perlambangan yang terlibat di dalamnya.
Perlambangan keagamaan yang perlu ditakrifkan....

akan bersambung insyaAllah...


0 comments: