Tahun 11 Hijrah
Rasulullah pulang ke Madinah dari menunaikan haji. Beliau memerintahkan USAMAH BIN ZAID (20 tahun) mengetuai tentera Islam ke Balqa’(Palestin) untuk membebaskan ROME.
Kemudian, beliau menziarahi perkuburan BAQI’ di Madinah, tempat ramai sahabat dan orang beriman disemadikan.
Di BAQI’ beliau mendoakan kepada arwah umat Islam di situ. Kemudian beliau bertanya kepada MUWAIHIBAH(bekas hamba yang telah bebas)
“Wahai Abu Muwaihibah, fitnah sudah mula dating”
Kemudian Rasulullah bercakap kepada ahli kubur “Bergembiralah dengan keadaan kamu sekarang, bergembiralah dengan keadaan kamu sekarang. Fitnah sudah mula berdatangan, fitnah demi fitnah”
Kemudian Rasulullah berkata “Wahai Abu Muwaihibah, aku diberi pilihan antara diserahkan kepada aku segala kekayaan dunia semuanya dan aku kekal di dunia kemudian aku masuk syurga ataupun aku bertemu dengan Tuhanku dan kemudian aku masuk syurga”
Abu Muwaihibah berkata “Wahai Muhammad, pilihlah kami”
Rasulullah berkata “ Tidak, wahai Abu Muwaihibah. Aku pilih bertemu dengan Tuhanku dan syurga”.
Dengan itu, bermulalah sakit beliau sejurus balik dari perkuburan BAQI’.
Sakit pertama ialah sakit kepala yang teramat sangat. Siti Aisyah bertanya “Wahai pesuruh Allah, adakah kamu sakit seperti kami sakit?”
Rasulullah menjawab “Kami para nabi. Kami sakit seperti kesakitan dua orang biasa”
Nabi menziarahi semua isterinya, rumah ke rumah. Tiba di rumah Maimunah, beliau tidak mampu lagi kerana sakit terlalu kuat. Beliau memanggil semua isterinya, dan meminta izin untuk di rawat di rumah Siti Aisyah. Rasulullah dipapah oleh Ali dan Fadl bin Abbas ke rumah Siti Aisyah.
Rasulullah kemudian demam panas yang sangat kuat. Menurut abu Said Al-Khudri “Aku tidak tahan meletakkan tanganku di atas dahi Muhammad kerana terlalu panas. Belum pernah aku melihat orang demam panas sampai begitu”
Muhammad pengsan kerana terlalu kuat demamnya. Apabila sedar, Rasulullah meminta dimandikan dengan tujuh bekas air dari perigi-perigi di Madinah. Dengan ikhtiar itu, demamnya semakin kurang.
Walaupun sakit kuat, beliau masih mengimami solat. Pada 9 Rabiul-Awal Tahun 11 HIJRAH, selepas solat Asar, beliau berucap dalam keadaan duduk.
Muhammad menyatakan “Sesungguhnya sudah dekat pemergianku daripada kamu semua. Barangsiapa yang pernahku rotan belakangnya, ini belakangku. Sila balas kepadaku. Barangsiapa yang pernah aku hina, ini diriku. Silalah dia membalasnya. Barangsiapa yang pernah aku ambil hartanya, ini hartaku. Silalah dia ambil kembali dan janganlah dia takut kemarahan dariku kerana itu bukan akhlakku. Sesungguhnya orang yang paling aku sukai di kalangan kamu ialah orang yang mengambil haknya daripada aku sekiranya dia mempunyai hak itu”
Kemudian, Rasulullah berkata lagi “Sesungguhnya seorang hamba di beri pilihan antara di serahkan kepadanya segala kekayaan dunia dan kekal di dunia kemudian dia masuk syurga ataupun dia bertemu dengan Tuhannya dan kemudian dia masuk syurga. Dia memilih untuk bertemu Tuhannya dan masuk syurga”
Abu Bakar menangis teresak-esak mendengar ucapan itu. Abu Bakar berkata “Bahkan kamilah yang menebus kamu dengan diri kami dan anak-anak kami, Wahai Muhammad”
Rasulullah meminta Abu Bakar menutup pintu-pintu rumah yang mengadap Masjid Nabawi, kecuali rumah Abu Bakar.
Rasulullah berkata “Sesungguhnya aku tidak mengetahui ada orang yang lebih baik persahabatannya denganku daripada Abu Bakar. Kalau aku boleh mengambil seorang kekasih, nescaya aku ambil Abu Bakar sebagai kekasih, tetapi aku adalah kekasih Allah. Hatiku penuh dengan cinta Allah”
Rasulullah berkata “Berbuat baiklah kepada Ansar kerana semua orang sedah bertambah harta mereka, tetapi harta Ansar tidak bertambah”
Semua orang bersiap untuk keluar dengan pasukan Usamah yang berkhemah di luar Madinah, tetapi menunggu kerana perkembangan kesihatan Rasulullah. Sakit Rasulullah semakin kuat apabila pulang daripada khutbah tadi. Beliau pengsan lagi.
Rasulullah berkeadaan begitu sehingga tiga hari, tidak mampu keluar dari rumah.
Rasulullah menyuruh Abu Bakar dipanggil untuk mengimami solat. Siti Aisyah risau kerana belum pernah orang lain mengimami solat kecuali Rasulullah.
Siti Aisyah berkata “Wahai pesuruh Allah, Abu Bakar ini orangnya lembut, suaranya perlahan. Setiap kali dia membaca Al-Quran dia menangis, kerana tangisannya itu bacaannya tidak dapat didengari. Mintalah orang lain menggantikannya menjadi imam”
Rasulullah tetap mengulangi arahannya berkali-kali walaupun Siti Aisyah memberi alasan yang sama berulang-ulang.
Siti Aisyah meminta Abdullah bin Zum’ah arahan Rasulullah itu tetapi Abdullah tidak berjumpa Abu Bakar kerana berada di hujung Madinah, di kampong isterinya Asma’ binti Umair.
Abdullah melihat Umar yang ada, dan memberitahu Umar supaya menjadi imam. Oleh kerana suara Umar kuat semasa mengimami solat, suaranya dapat didengari oleh Rasulullah.
Rasulullah bertanya “Dimana Abu Bakar? Dimana Abu Bakar? Allah dan rasulnya dan orang-orang Mukmin menolak hal ini. Allah dan rasulnya dan orang-orang Mukmin menolak hal ini.”
Selepas itu Abu Bakar mengimami solat selama 3 hari (Jumaat, Sabtu & Ahad). Rasulullah sakit teruk dan kadang-kadang pengsan.
12 Rabiul-Awal, subuh, Rasulullah merasakan sakitnya bertambah kuat. Dia menggagahkan diri keluar dari rumah (bersambung dengan Masjid). Rasulullah tersenyum melihat Abu Bakar mengimami solat subuh itu.
Sahabat terlalu gembira melihat Rasulullah dan hamper memberhentikan solat. Muhammad solat duduk di sebelah kiri Abu Bakar. Abu Bakar bergerak ke belakang menjadi makmum. Itulah suasana pada Subuh 12 Rabiuawal, tahun 11 Hijrah.
Selepas solat, Rasulullah merasakan sakitnya bertambah kuat, maka beliau naik ke mimbar untuk menyampaikan khutbah terakhir dalam keadaan duduk.
Kemudian Rasulullah turun dari mimbar dan pulang ke rumahnya. Kemudian, Abu Bakar ziarah Rasulullah dan menyatakan tahniah (sahabat melihat seperti Rasulullah sudah semacam sembuh), diikuti dengan Ali.
Selepas Ali keluar, semua orang berkerumum dan mahu tahu kesihatan Rasulullah, dan Ali berkata “ Aku lihat Muhammad sudah sihat”. Umat Islam di Madinah merasa gembira dengan khabar ini.
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
2 days ago
0 comments:
Post a Comment