BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 15, 2010

06 - JAHIL AGAMA SENDIRI

Saya amat hairan, ada agama tertentu yang dikatakan mempengaruhi emosi sesetengah anak-anak muda kita disebabkan unsur kasih-sayang dan rahmat berkenaan yang ditonjolkan dalam agama.

Seakan anak-anak muda kita tidak pernah memdengar mengenai keluasan rahmat dan keampunan Allah dalam Islam ini. Lalu mereka pun kagum dengan agama lain dan melupai agama sendiri yang diturunkan Allah ini.

Adakah kerana mereka tidak mempelajari ajaran Islam yang betul? Ataupun kempen kita kepada Islam kurang menonjolkan unsur-unsur kerahmatan agama ini?

Hendaklah kita sedar, dalam dakwah baginda Nabi SAW bukan hanya diceritakan balasan neraka, namun diceritakan juga kenikmatan syurga. Bukan hanya mengenai kemurkaan Allah kepada yang menderhakanya, tetapi juga diceritakan mengenai rahmat-Nya yang bagi yang kembali kepada-Nya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hijl ayat 49-50: (maksudnya)
"Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku( Wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani(bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Dan bahawa azab-Ku, adalah azab yang tidak terperi sakitnya,( bagi mereka yang tetap dalam kederhakaan)".

Semoga taubat mempunyai ruang yang basar dalam hidup kita. Manusia disuruh takut melakukan dosa. Namun jangan kecewa jika telah tersalah dan berdosa. Di samping itu, insan juga hendaklah selalu beringat, bahawa dosa yang terlampau setelah diberikan peringatan, boleh menghilangkan ingatan insan untuk kembali kepada Tuhan.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 6-7 (maksudnya):
"Sesungguhnya orang-orang yang ingkar itu, sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka, pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar".

0 comments: