BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 22, 2010

Detik Terakhir Rasulullah sebelum wafat 1

Tahun 11 Hijrah

Rasulullah pulang ke Madinah dari menunaikan haji. Beliau memerintahkan USAMAH BIN ZAID (20 tahun) mengetuai tentera Islam ke Balqa’(Palestin) untuk membebaskan ROME.

Kemudian, beliau menziarahi perkuburan BAQI’ di Madinah, tempat ramai sahabat dan orang beriman disemadikan.

Di BAQI’ beliau mendoakan kepada arwah umat Islam di situ. Kemudian beliau bertanya kepada MUWAIHIBAH(bekas hamba yang telah bebas)

“Wahai Abu Muwaihibah, fitnah sudah mula dating”

Kemudian Rasulullah bercakap kepada ahli kubur “Bergembiralah dengan keadaan kamu sekarang, bergembiralah dengan keadaan kamu sekarang. Fitnah sudah mula berdatangan, fitnah demi fitnah”

Kemudian Rasulullah berkata “Wahai Abu Muwaihibah, aku diberi pilihan antara diserahkan kepada aku segala kekayaan dunia semuanya dan aku kekal di dunia kemudian aku masuk syurga ataupun aku bertemu dengan Tuhanku dan kemudian aku masuk syurga”

Abu Muwaihibah berkata “Wahai Muhammad, pilihlah kami”

Rasulullah berkata “ Tidak, wahai Abu Muwaihibah. Aku pilih bertemu dengan Tuhanku dan syurga”.

Dengan itu, bermulalah sakit beliau sejurus balik dari perkuburan BAQI’.

Sakit pertama ialah sakit kepala yang teramat sangat. Siti Aisyah bertanya “Wahai pesuruh Allah, adakah kamu sakit seperti kami sakit?”

Rasulullah menjawab “Kami para nabi. Kami sakit seperti kesakitan dua orang biasa”

Nabi menziarahi semua isterinya, rumah ke rumah. Tiba di rumah Maimunah, beliau tidak mampu lagi kerana sakit terlalu kuat. Beliau memanggil semua isterinya, dan meminta izin untuk di rawat di rumah Siti Aisyah. Rasulullah dipapah oleh Ali dan Fadl bin Abbas ke rumah Siti Aisyah.

Rasulullah kemudian demam panas yang sangat kuat. Menurut abu Said Al-Khudri “Aku tidak tahan meletakkan tanganku di atas dahi Muhammad kerana terlalu panas. Belum pernah aku melihat orang demam panas sampai begitu”

Muhammad pengsan kerana terlalu kuat demamnya. Apabila sedar, Rasulullah meminta dimandikan dengan tujuh bekas air dari perigi-perigi di Madinah. Dengan ikhtiar itu, demamnya semakin kurang.

Walaupun sakit kuat, beliau masih mengimami solat. Pada 9 Rabiul-Awal Tahun 11 HIJRAH, selepas solat Asar, beliau berucap dalam keadaan duduk.

Muhammad menyatakan “Sesungguhnya sudah dekat pemergianku daripada kamu semua. Barangsiapa yang pernahku rotan belakangnya, ini belakangku. Sila balas kepadaku. Barangsiapa yang pernah aku hina, ini diriku. Silalah dia membalasnya. Barangsiapa yang pernah aku ambil hartanya, ini hartaku. Silalah dia ambil kembali dan janganlah dia takut kemarahan dariku kerana itu bukan akhlakku. Sesungguhnya orang yang paling aku sukai di kalangan kamu ialah orang yang mengambil haknya daripada aku sekiranya dia mempunyai hak itu”

Kemudian, Rasulullah berkata lagi “Sesungguhnya seorang hamba di beri pilihan antara di serahkan kepadanya segala kekayaan dunia dan kekal di dunia kemudian dia masuk syurga ataupun dia bertemu dengan Tuhannya dan kemudian dia masuk syurga. Dia memilih untuk bertemu Tuhannya dan masuk syurga”

Abu Bakar menangis teresak-esak mendengar ucapan itu. Abu Bakar berkata “Bahkan kamilah yang menebus kamu dengan diri kami dan anak-anak kami, Wahai Muhammad”

Rasulullah meminta Abu Bakar menutup pintu-pintu rumah yang mengadap Masjid Nabawi, kecuali rumah Abu Bakar.

Rasulullah berkata “Sesungguhnya aku tidak mengetahui ada orang yang lebih baik persahabatannya denganku daripada Abu Bakar. Kalau aku boleh mengambil seorang kekasih, nescaya aku ambil Abu Bakar sebagai kekasih, tetapi aku adalah kekasih Allah. Hatiku penuh dengan cinta Allah”

Rasulullah berkata “Berbuat baiklah kepada Ansar kerana semua orang sedah bertambah harta mereka, tetapi harta Ansar tidak bertambah”

Semua orang bersiap untuk keluar dengan pasukan Usamah yang berkhemah di luar Madinah, tetapi menunggu kerana perkembangan kesihatan Rasulullah. Sakit Rasulullah semakin kuat apabila pulang daripada khutbah tadi. Beliau pengsan lagi.

Rasulullah berkeadaan begitu sehingga tiga hari, tidak mampu keluar dari rumah.
Rasulullah menyuruh Abu Bakar dipanggil untuk mengimami solat. Siti Aisyah risau kerana belum pernah orang lain mengimami solat kecuali Rasulullah.

Siti Aisyah berkata “Wahai pesuruh Allah, Abu Bakar ini orangnya lembut, suaranya perlahan. Setiap kali dia membaca Al-Quran dia menangis, kerana tangisannya itu bacaannya tidak dapat didengari. Mintalah orang lain menggantikannya menjadi imam”

Rasulullah tetap mengulangi arahannya berkali-kali walaupun Siti Aisyah memberi alasan yang sama berulang-ulang.

Siti Aisyah meminta Abdullah bin Zum’ah arahan Rasulullah itu tetapi Abdullah tidak berjumpa Abu Bakar kerana berada di hujung Madinah, di kampong isterinya Asma’ binti Umair.

Abdullah melihat Umar yang ada, dan memberitahu Umar supaya menjadi imam. Oleh kerana suara Umar kuat semasa mengimami solat, suaranya dapat didengari oleh Rasulullah.

Rasulullah bertanya “Dimana Abu Bakar? Dimana Abu Bakar? Allah dan rasulnya dan orang-orang Mukmin menolak hal ini. Allah dan rasulnya dan orang-orang Mukmin menolak hal ini.”

Selepas itu Abu Bakar mengimami solat selama 3 hari (Jumaat, Sabtu & Ahad). Rasulullah sakit teruk dan kadang-kadang pengsan.

12 Rabiul-Awal, subuh, Rasulullah merasakan sakitnya bertambah kuat. Dia menggagahkan diri keluar dari rumah (bersambung dengan Masjid). Rasulullah tersenyum melihat Abu Bakar mengimami solat subuh itu.

Sahabat terlalu gembira melihat Rasulullah dan hamper memberhentikan solat. Muhammad solat duduk di sebelah kiri Abu Bakar. Abu Bakar bergerak ke belakang menjadi makmum. Itulah suasana pada Subuh 12 Rabiuawal, tahun 11 Hijrah.

Selepas solat, Rasulullah merasakan sakitnya bertambah kuat, maka beliau naik ke mimbar untuk menyampaikan khutbah terakhir dalam keadaan duduk.

Kemudian Rasulullah turun dari mimbar dan pulang ke rumahnya. Kemudian, Abu Bakar ziarah Rasulullah dan menyatakan tahniah (sahabat melihat seperti Rasulullah sudah semacam sembuh), diikuti dengan Ali.

Selepas Ali keluar, semua orang berkerumum dan mahu tahu kesihatan Rasulullah, dan Ali berkata “ Aku lihat Muhammad sudah sihat”. Umat Islam di Madinah merasa gembira dengan khabar ini.


Read more...

Detik Terakhir Rasulullah sebelum Wafat-2

Menjelang pagi 12 Rabiul-awal Tahun 11 HIjrah, di rumah Siti Aisyah, sakit Rasulullah datang kembali. Rasulullah bersandar kepada Siti Aisyah. Rasulullah tidak dapat bercakap kerana terlalu sakit.

Pada masa itu, Abd Rahman bin Abu Bakar(adik beradik Siti Aisyah) sedang bersugi. Rasulullah memandang Abd Rahman, dan Siti Aisyah merasakan beliau mahu bersugi. Siti Aisyah minta izin dari Abd Rahman, menyiapkan bahagian kayu sugi yang belum digunakan dan memberikan kepada Rasulullah untuk beliau bersugi.

Siti Aisyah berkata “Aku melihat Muhammad bersuji dalam keadaan yang sangat berat. Tidak pernah sepanjang hidup aku melihat seperti itu”

Sakit Rasulullah semakin kuat dan peluh mencurah-curah dari kepalanya. Siti Aisyah menyapu muka beliau dengan air untuk meringankannya. Rasulullah berkata “ Wahai Aisyah, sesungguhnya mati itu mempunyai sakarat(kesakitannya)”

Rasulullah seperti mengulang-ulang satu kata-kata yang seakan diberi pilihan lagi untuk kali terakhir. Rasulullah berkata “Bahkan teman sejati di Syurga, bahkan teman sejati di Syurga”

Siti Aisyah berkata “Ketika beliau mengulang-ulang kata-kata itu, kepalanya terlentok ke bahuku dan pandangannya mendongak ke langit. Roh Muhammad sudah keluar daripada jasadnya untuk bertemu dengan Allah.

Aku meletakkan kepala Muhammad ke bantal, lalu aku menangis. Semua ahli keluarga Muhammad yang perempuan juga menangis. Tangisan kami dapat didengari hingga luar rumah”

Berita wafat Rasulullah tersebar. Ada dikalangan sahabat tidak percaya. Umar minta izin masuk dan dilihatnya Rasulullah.

Umar berkata “Pesuruh Allah belum wafat, tetapi tidak sedar diri sepertimana Nabi Musa tidak sedar apabila Allah melihatkan diriNya kepada Nabi Musa. Pesuruh Allah akan kembali dan aku akan memancung sesiapa yang mengatakan pesuruh Allah sudah wafat”

Abu Bakar dipanggil untuk meredakan keadaan. Abu Bakar melihat keadaan sekitar yang agak cemas dan seakan hilang pertimbangan. Abu Bakar melihat jasad Rasulullah ditempat tidurnya dan sudah diselimuti.

Abu Bakar mengucup dahi Muhammad sambil berkata “Kesejahteraan untuk kamu ketika kamu hidup dan ketika kamu mati, wahai pesuruh Allah. Adapun kematian yang Allah sudah tetapkan kepadamu sudah kamu rasai dan kamu tidak akan mati lagi selepas ini”

Selepas itu Abu Bakar mengucup dahi Rasulullah sekali lagi dan ditutup kembali jasadnya.

Abu Bakar ke mimbar masjid dan berkata “Bertenanglah wahai Umar”.

Umar masih memberikan ucapannya dan tidak mengendahkan. Abu Bakar mengulang lagi. Kemudian, Abu Bakar naik ke atas mimbar dan mula bercakap. Umar berhenti berucap dan turun dari minbar.

Abu Bakar berkata “Barangsiapa menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati. Barangsiapa menyembah Allah, Allah itu hidup dan tidak mati”.

Kemudian dibacakan ayat 144 Surah Ali Imran. Umar yang tadi berdiri, terus terduduk. Umar berkata “Adakah ayat ini ada di dalam Al-Quran”. Beliau yang hafaz Quran dan gagah, hilang pertimbangan.

Umar berpaling kepada sahabat dan berkata “Wahai sahabatku, Muhammad sudah meninggal dunia”. Kesedihan menguasai semua. Semua menangis. Sebahagian sahabat menyatakan mereka mencari tempat yang dapat menangis sekuat hati kerana beratnya ujian ini.

Sewaktu masuk waktu Zuhur, Bilal mahu azan tetapi kerana terlalu sedih, dia tidak azan. Bilal berkata “Demi Allah, aku tidak akan azan lagi selepas kewafatan pesuruh Allah”

13 Rabiulawal, hari kedua RAsulullah wafat, jasad beliau disemadikan ditampat beliau wafat (rumah Siti Aisyah).

Selepas sahabat Berjaya membebaskan Syam & Baitul Maqdis dari ROME pada zaman Umar, Umar datang sendiri ke Palestin untuk menerima kunci Baitulmaqdis. Umar memanggil semua tentera berkumpul di Bukit Golan.

Ini adalah pertemuan bersejarah selepas Rasulullah wafat kerana sahabat berkumpul setelah beberapa tahun tidak bertemu kerana sibuk berjihad di medan masing-masing. Untuk itu, Umar meminta Bilal azan pada salah satu waktu solat.

Bilal tidak pernah melaungkan azan selepas Rasulullah wafat. Atas permintaan Umar dan sahabat, ini pertama kali beliau azan selepas Rasulullah wafat. Dia tidak dapat menyelesaikan azannya. Bilal menangis dan para sahabat turut menangis.

Mereka teringat kembali Rasulullah dan perjuangannya yang agung dan suci. Islam, imam, kasih sayang, akhlak mulia, kehidupan mulia, pengorbanan dan penderitaan yang Rasulullah tanggung menjelma dalam ingatan mereka, seolah-olah mereka baru berpisah dengan Rasulullah.


Read more...

Monday, May 10, 2010

Renungan bersama.....sekilas pandang...=>


hari2 akhir di bilik(kolej zamrud)...selepas abis memjawab last pper final exam...9/052010














Read more...

Jalan Cinta Para Pejuang




Salman Al Farisi memang sudah waktunya menikah. Seorang wanita Anshar yang dikenalnya sebagai wanita mukminah lagi shalihah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai sebuah pilihan dan pilahan yang dirasa tepat. Pilihan menurut akal sehat. Dan pilahan menurut perasaan yang halus, juga ruh yang suci.

Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat
kelahirannya.
Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya. Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khithbah. Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada shahabat Anshar yang dipersaudarakan dengannya, Abu Darda'.

"Subhanallaah. . wal hamdulillaah. .", girang Abu Darda' mendengarnya.
Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasa
cukup, beriringanlah kedua shahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru
tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang shalihah lagi bertaqwa.


"Saya adalah Abu Darda', dan ini adalah saudara saya Salman seorang
Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah
memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang
utama di sisi Rasulullah Shallallaahu 'Alaihi wa Sallam, sampai-sampai
beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili
saudara saya ini melamar putri Anda untuk dipersuntingnya. ", fasih Abud Darda' bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.
"Adalah kehormatan bagi kami", ucap tuan rumah, "Menerima Anda berdua,
shahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang shahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami." Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

"Maafkan kami atas keterusterangan ini", kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang bicara mewakili puterinya. "Tetapi karena Anda berdua yang datang, maka dengan mengharap ridha Allah saya menjawab bahwa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda' kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawaban mengiyakan."

Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah. Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya! Itu mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah karena satu alasan; reaksi Salman. Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesadaran; bahwa dia memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya. Mari kita dengar ia bicara.

"
Allahu Akbar!", seru Salman, "Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda', dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!" ???

Cinta tak harus memiliki. Dan sejatinya kita memang tak pernah memiliki apapun dalam kehidupan ini. Salman mengajarkan kita untuk meraih kesadaran tinggi itu di tengah perasaan yang berkecamuk rumit; malu, kecewa, sedih, merasa salah memilih pengantar –untuk tidak mengatakan 'merasa dikhianati'- , merasa berada di tempat yang keliru, di negeri yang salah, dan seterusnya. Ini tak mudah. Dan kita yang sering merasa memiliki orang yang kita cintai, mari belajar pada Salman. Tentang sebuah kesadaran yang kadang harus kita munculkan dalam situasi yang tak mudah.

Saudara dan saudari sekalian, bagi ana, cinta itu adalah kita sanggup korbankan apa sahaja agar si dia sentiasa dalam kegembiraan, dan ingatlah saudara/ri sekalian, atas dasar ana cinta antum yang memegang tali yang sama, marila kita letak cinta teratas hanya pada Pencipta kita, Dia-lah Allah..kita korbankan apa sahaja agar si Dia sentiasa gembira, tapi malangnya, sudah berapa banyak perkara yang kita lakukan lebih kepada mengundang kemarahan Dia..taubatlah sekarang saudara/ri ku, "sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas....."(HR Bukhori wa Muslim).."Khinzir jika kita ternak dia secara islami pun, kita sentiasa mensucikannya hatta mengwudukkannya, menutup auratnya, sama' tubuh badannya, jilbab keliling badan, namun sedarlah saudara/ri sekalian, ia tetap akan haram jika perkara itu sudah dilarang dan termaktub larangannya dalam al-quran..harap faham apa yang tersirat yang ingin ana sampaikan..ingatlah, neraka Allah amat dahsyat, semoga kita tidak dipanggil oleh-Nya dalam keadaan kita bermaksiat di hadapannya..Ampunkanlah dosa2 kami ya Allah..kami bertaubat kepadaMu, kami hina dan alpa sebelum ini, kami dikaburi dengan keindahan dunia serta bisikan syaitan laknatullah..ampunkanlah dosa-dosa yang kami sedar mahupun tidak..maafkan kami yang selalu meletakkan cinta teratas bukan padaMu, walaupun kami tahu tahapan kecintaan yang Kau katakan dalam kitab suciMu adalah Allah, Rasul dan Jihad ya Allah (9:24)..janganlah Kau matikan kami dalam keadaan bergelumung dengan dosa ya Allah, matikanlah kami dengan kesudahan yang baik, sempatkanlah lidah kami mengucap kalimah toyyibah, kalimah LAILAHAILLALLAH......Amin YA GHAFFAR, YA RAHMAN, YA RAHIM.....


Read more...

BERITAHULAH : “ aku kasih padamu ”

Daripada Miqdam Bin Ma’di Kariba RA, Nabi SAW bersabda : “ Apabila seseorang insan mengasihani saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihaninya.” ( Riwayat Abu Daud dan Al Tirmizi )

Ulasan Hadis :

1. Di dalam hadis ini Nabi SAW menganjurkan kepada kita supaya menyatakan rasa kasih kepada saudara seislam yang kita kasih dan sayang.

2. Perbuatan ini akan meyemarakkan lagi hubungan ukhuwah yang terjalin sesama saudara kita, teman kita, rakan kita, lebih-lebih lagi terhadap seseorang yang selayaknya kita nyatakan rasa kasih seperti kepada ibu bapa kita, suami isteri, murid dan gurunya. Namun ianya perlu di jaga, menyatakan rasa kasih ini bukan sewenangnya hingga kita berbuat sesuatu yang terlarang dalam Islam dengan menyatakan rasa kasih pada seseorang yang tidak halal bagi kita (bukan mahram).

3. Kekuatan ummat Islam adalah terletak kepada ukhuwah dan kesatuan hati, andai ianya lemah maka akan lemahlah binaan kesatuan ummat Islam. Sebagai mengukuhkan hubungan persaudaraan ini kita digalakkan untuk memberitahu pada saudara kita bahawa kita kasih padanya kerana ALLAH.

4. Adakalanya seseorang teman, keluarga, sesama saudara dsb tidak mengetahui bahawa kita mengasihinya dan mengambil berat terhadapnya, begitu juga sebaliknya. Dengan cara melafazkan dan meluahkan maka akan menambah rasa senang hati dan terlerailah rasa perasangka buruk di hati kita terhadapnya. Jika ada terselit rasa benci, marah mahupun dendam maka tepadamlah segala sifat mazmumah tersebut.

5. Jika ada dikalangan kita yang bersengketa, leraikanlah, jika ada yang masih menaruh perasaan dendam terhadap saudaranya, hilangkanlah, dan andai wujud permusahan dan rasa benci bunuhlah perasaan itu, semuanya kerana cintakan ALLAH dan Nabi SAW.


6. Oleh itu, sama-samalah kita bina dan memupuk ukhuwah yang sihat sesama saudara seislam, sepertimana yang telah diajarkan oleh Nabi SAW. Setelah kita berkasih sayang kerana ALLAH, maka akan mudahlah segala urusan kehidupan kita di dunia dan akhirat.WALLAHU’ALAM.


Read more...

Friday, April 30, 2010

-CINTA- (sudutan filem Ayat-ayat Cinta)



Salam ukhwah...

hadiah buat teman2 yg sudi & berkesempatan menziarahi blog hamba ini..
untuk perkongsian... terimalah....
_ayat-ayat cinta




Read more...

Tuesday, April 27, 2010

✿demi cinta yg suci ku sanggup redahi lautan api✿



Salam Ukhwah & salam mujahadah.....
dibawah ni merupakan commen yg telah diri ku tuliskan pd tulisan buah fikiran sorg sahabat baruku yg belum pun aku kenali & sempat bertakruf dgn nya.... Tapi tulisan & hujahnya manarik minat diri ku ini walaupun mugkin ilmu didada ni masih lagi ketandussan(kurang) ilmu dri pencipta... masih lagi dahagakan ilmu2-Nya.

Kepada teman2... bolehlah menziarah blognya ni iaitu http://misshpa.blogspot.com/2010/04/demi-cinta-yg-suci-ku-sanggup-redahi.html

boleh kiranya kepada sapa2 diantar teman2 & sahabat di sana.. kalau2 ada yg sudi untuk kita berdiskusi tentang topic ni.. InsyaAllah kita boleh berkongsi idea2 & bertukar2 pendapat....
Moga Allah memberi sedikit ruang waktu utk kita berkongsi bual fikiran kita..InsyaAllah..

boleh lah teman2 hantarkn email pada hamba atau ym je hamba=>..
finalfantasy_jb@yahoo.com.my
tinggalkan pesanan bila kmu berkesempatan.... insaAllah sy akan cuba juga menyediakan sedikit waktu yg terluang untk kalian... utk kita berdiskusi topic ni
"✿demi cinta yg suci ku sanggup redahi lautan api✿"

"Assalamualaikum....
wah.... agak bernas hujah2 kamu di atas ni...
yap... mmg btul apa yg kmu bahaskan tu. dunia skrg ni(akhir zaman) macam2 perkara yg kita rasa macam x logic berlaku, tapi telahpun belaku....=<
setakat yg penah sy tahu, kn pernah heboh dulu, yg budk2 belum mumayis lg dh tahu main rogol2.. ?
Allah,..spa yg harus dipersalahkan...? begitu trdedahnya diaorg dgn benda2& perkara2 berunsur seks ni...
Allahuakbar... kenapa la sekecil2 tu dh jdi mcm tu... kan alangkah indah & beruntung nya diaorg kalau usia2 sekecil itu, family dieorg dh menerap kn cintakn-Nya(Allah) dlm diri & hati anak2 diaorg...
Kita hanya mampu mendoakn je... harap2 nilai IsLam kembali gemerlapan dlm diri setiap individu yg bergelar muslim bermula dari sekecil2 kanak hingga lah sematang2 @ panjg usia(golongan tua) di malaysia ni khasnya..Insyaallah
x guna kalau mengaku je muslim, tpi akhlaknya x m'gambarkan yg kita ni beragama Islam...
tu lah jdinya kalau lahir kat dunia ni dh diislamkan... maklumla islam dri keturunan... mugkin belum dapat rasa lgi nitmat Islam tu dlm diri diaorg... semoga satu hari nanti Allah membuka mata hati dieorg utk memdambakan Cinta-Nya.
islam begitu indah utk kita pelajari & amlkan...
bersyukurlah atas nikmat besar dri Allah ni iaitu nikmat Islam dlm diri kita..
pesanan sy, kmu jaga lah diri kmu sebaik mugkin ye?, & saling ingat mengingatilah kmu & teman2 kmu yg lain nya... Moga2 InsyaAllah satu hari kita dapat membendung & membasteras gejala2 yg tidak baik ini yang dh menjerumusn dlm hati2 & kehidupan masyarakat umat islam akhir zaman ni 7 di malaysia khususnya...Insyaallah... sama2 ita usahakan kearahnya.... sinar berubahan (Arus Tajdid-Sinar perubahan Fitrah Merentasi jemaah)
Wa'salam
maaf ye... terpanjang pulak...
( tgk kmu hujah panjg kat ats tu... kmu jauh lebih hebat dri sy...)
x sampai hati sy nak komen pendek je... maaf ya?....=>"


wa'salam....
Hamba Allah


Read more...

Sunday, April 25, 2010

Sajak Aminah Qutubi-dri buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul"

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku...



hayatilah sahabat2ku & teman2 ku.....
baca & hayatilah sajak diatas ni....
jadikan lah peganganmu teman2 ku..
baca & hayatilah dgn mata hati kmu..
jgn hanya baca dgn mata kepala kmu..
sesungguhnya bukan mata kepala kita yg buta,
tetapi mata hati kita didalam dada yg buta...
Allah berikn kmu hati(suara hati), tp,
kmu x dapat nak merasainya...
amat rugilah....
"Ya Allah... bukakanlah pintu hati2 kami ya Allah...
agar dgn hati(suara hati) kami dapat merasainya...
sesunngguhnya kami hanya hamba2-Mu....
Hamba2-Mu yg lemah.."Amin


Read more...


Read more...

Friday, April 23, 2010

salam ukhwah..... kepada semua teman-teman

kepada semua teman2 seperjuangan... (Majlis Tertinggi 2009/2010-dlm gambar diatas) Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik UiTM Pulau Pinang, tidak dilupakan juga semua exco2, seketriat2 & tidak ketinggalan penasihat persatuan(En. Adha).. terima kasih ku ucapkan diatas segala komitmen jitu yg telah kalian berikn sepanjang diriku dilantik menjadi ketua kalian..

maafkan diriku... mungkin sepanjang diriku menjadi ketua, ada banyak kekurangan diri yg kalian nampak ada pada diriku ini. Diriku hanyalah manusia biasa yg mana banyak kelemahan & kekurangannya. Tp, diriku telah cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang ketua yg sebaik mungkin untuk kalian.. Terima kasih sekali lagi juga diriku ingin ucapkan yg mana kalian sanggup selama ini sudi menghadirkan diri bila-bila masa kalian dipanggil untuk hadir ke meeting2 & perjumpaan2.. bersusah payah kalian berusaha untuk hadir ke meeting2 & perjumpaan2... walaupun tanggungjawab ini hanyalah sukarela... iaitu tanggungjawab bagi memastikan masa2 terluang semua mahasiswa-mahasiswi Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTMPP terisi dgn program2 yg bermanfaat & berkualiti. Somoga segala program yg telah kita jalankan sedikit sebanyak memenuhi kehendah2 kita & semua mahasiswa & mahasiswi(teman2 sekalian).Diharapkan niat murni kalain iaitu melakukan tugas tanpa mengharapkan apa balasan terus berkekalan dlm diri kalian. begitu banyak kenangan2 manis & duka.. sepanjang kita dalam keluarga PMKE.. terima kasih diatas tunjuk ajar, binbingan & teguran membina yg telah kalian beri padaku....

Pesananku kepada pelapis2 baru PMKE yang baru dilantik sem ni pula...supaya dapat lah kalian menambah baikkn lagi segala kekurangan yg ada dlm kelab(persatuan). Perbanyakkanlah program2 berbentuk keilmuan(bengkel2 kerjaya & lawatan sambil belajar), program2 kerohanian(Khusus Kepimpinan Islam, Forom2 agama, Ceramah Palestina & sebagainya lagi), program kemasyarakatan(OKIM) & proram riaadah2. Yg mana diharap dgn pelaksaan program2 ini dapatlah kita merapatlan lagi hubungan ukhwah diantara kita yg mana dalam proses mengejar cita2 untuk masa depan yg lebih cemerlang & terjamin...

Semoga Allah membalas jasa2 kalian bukan sekadar di dunia tetapi insyaallah di akhirat juga. Diharap kalian ikhlas menjalankan segala2 kerja yang telah diberikan & yg telah dijalankan...
beribu kemaafan ku pohon pada kalian andai sepanjang kendalian diriku sebagai ketua kalian ada membuatkan kalian terasa hati, tersingung ataupun terambil hati.... maafkan diriku ini..

diharap segala nasihat & tunjuk ajar yg telah kiriku & senior2 lainnya berikan pada kalian, kalian jadikan pengajaran... Ikutlah mana yg elok & bagus.. buanglah & jgn ikuti mana yg kurang & kurang elok pada kalian.


yg benar.....
(Hamba Allah)
Mohd Nur Azizi Bin Zulkiply
mantan Yg Di-Pertua majlis Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik UiTMPP 2009-2010
_biarlah seimbang apa yg di kejar... Dunia & Akhirat...
kejarlah akhirat, insyaallah dunia turut ikuti kita juga....=>
wasalam........


Read more...

Sunday, April 18, 2010


Read more...

Friday, April 16, 2010

Memilih pasangan hidup... perkawinan? jodoh?


Keluarga Bahagia Idaman Hati
sempat kah kita menikmatinya????
di dunia @ akhirat(syurga Allah)???
InsyaAllah...=>
kami redha dengan ketentuan-MU
ya Allah.....


Isu perkawinan di usia muda....

hum...?????...

Perkawinan.....
Ramai orang di usia muda bingung dan amat sulit untuk mencari pasangan. Dalam kaitan ini. Terkadang sang ayah menyukai gadis tertentu untuk dinikai, sang anak pun setuju tetapi sang ibu pula tidak setuju (senario abadi tentang memilih calon isteri). Saran saya untuk perkawinan secara khusus adalah seseorang harus menunggu sampai dia puas dengan agama, wajah, dan karakter gadis itu(gadis yang bakal dinikahi itu untuk membentuh keluarga bahagia), kerana dalam kasus perkawinan, kita tengah membicarakan tentang kehidupan seseorang wanita, bukan barang mainan yang bisa kita campakkan jika sudah merasa bosan dengannya.

Rezeki, Ajal, maut, jodoh, pertemuan kan rahsia Allah. Tiada siapa yang tahu persis, siapa jodoh kita nanti..Iaitu dengan siapa kita akan nikahi.. Kita hanya mampu merancang, dan Allah lah yang menentukan segala-galanya. Yakinlah teman-teman ku, perancangan Allah untuk mahluk-mahluk-Nya jauh lebih cantik dan lebih baik untuk mahluk-mahluk-Nya. Kita hanya harus redha dengan segala ketentuan yang telah ditentukan untuk kita iaitu dengan siapa kita akan dijodohkan. InsyaAllah... setiap orang mempunyai jodohnya masing-masing. Bukan yang di turunkan tuhan dari langit.

Tapi dari hati.... yang mana dekat sekali... dengan kita... InsyaAllah kata hati kita mampu merasainya... biarlah dari hati turunya ke mata.. bukan dri mata tukunnya ke hati....
kerana mata terkadang senang diperdaya.. kita tidak pernah dengar istilah "silap hati", tetapi yang selalu kita dengarkan ialah istilah "silap mata"... => btul x?......

Jadi pesanan saya buat teman-teman sekalian... jangan mudah mengalah dalam mencari teman hidup, dan jangan hanya menyerahkan hanya pada takdir. Biarlah disertai fomula ni "USAHA+TAWAKAL+DOA=KEJAYAAN" (kejayaan untuk mendapatkan pasangan yang paling sesuai dan selesa dengan kita) InsyaAllah barulah keluarga yang bahagia dapat dibentuk. Bukan untuk berbahagia di dunia semata-mata.. iTetapi,nsyaAllah untuk berbahagia selama-lamanya hingga ke syurga Allah.Insyaallah. walaupun jasad berjauhan terpisah, tapi cinta dan sayang kita pada pasangan kita tidak akan berubah walau sedikit pun.

Dengar lah dan turutilah suara hati teman-teman.... kerana suara hati anda adalah datangnya dari bisikkan Rabb yang Maha Esa, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada suara hati teman-teman dengan dorongan menuju 99 nama(sifat-sifatnya-Nya) Asma'ul husna..

Dialah Allah SWT(The Load of The 'Alamin, THE MIGHTY ALLAH SUBHANA WA TAALA) ..Pencipta kita.. Kita hanya lah hamba-hamba-Nya yang mana lemah dan banyak kekurangannya...

Semoga kalian bertemu dengan jodoh kalian masing-masing..InsyaAllah...

wasalam.....


Read more...

Thursday, April 15, 2010

Buku: Don't Be Sad( Laa Tahzan)526 muka surat-dipinjam dari Perpustakaan UiTM Pulau Pinang -Mac2010



"Sungguh luar biasa seorang mukmin itu.
Seluruh perkara dalam hidupnya
bernilai positif.
Apabila ia mendapat kemudahan,
maka is bersyukur.
itu positif(baik) baginya.
Apabila is ditimpa kesulitan,
maka ia bersabar.
Itupun positif(baik) baginya."
(Hadits)

Kebahagiaan. Satu kata yang disepakati oleh seluruh umat manusia untuk dimiliki. Manusia yang hidup seperti apa pun kondisinya, profesinya, dan bahkan agamanya, selalu bekerja dan berusaha dalam rangka mencari kebahagian.

Dengan susah payah, misalnya, seorang pengusaha atau buruh sama-sama bekerja mencari wang sepanjang hidupnya, namun ketika ditanya apa tujuan akhir dari usahanya itu, mereka akan menjawab ingin hidup bahagia. Seseorang yang belajar mencari ilmu kemana-mana dengan mengorbankan kehidupan segalanya ternyata juga mempunyai tujuan yang sama. Begitupun dengan seorang ahli ibadah yang ingin meninggalkan kehidupan dunia untuk semata-mata beribadah, juga bertujuan mendapatkan kebahagiaan.

Begitu ragamnya cara manusia mencari kebahagiaan. Lalu di mana kebahagiaan itu pasti didapatkan? Inilah pertanyaan legendaris yang selalu menjadi bahan menarik untuk kita diskusikan, diskusi yang memang tak pernah usai sepanjang kehidupan manusia itu sendiri. Dan hal inilah yang menyebabkan banyaknya buku-buku tentang itu ditulis dalam berbagai bahasa.

Namun ironis, kebanyakan manusia masih tetap saja tidak mengerti tentang substansi kebahagiaan. Saling tidak mengerti, sering terjadi sesuatu yang paradoks. Contohnya, seseorang pemburu kebahgiaan berusaha mengejar kebahagiaan itu kemana-mana, namun ternyata sumber kebahagiaan itu ada di dalam dirinya. Yang lebih ironis lagi, kita sendiri sebagai pencari kebahgiaan sering kali mengorbankan kebahagiaan yang lain.

Kita sering bersedih kerana uasaha yang kita kelola tidak berhasil, atau stress semasa menuntut ilmu, ataupun stress sewaktu berkerja. Bahkan sampai-sampai kita terpaksa depresi kerana banyaknya masalah yang harus kita hadapi di dalam hidup ini. Padahal sebenarnya, semua peristiwa itu terjadi dalam rangka mencari kebahagiaan. Oleh kerana itu, mengapa kita harus mengorbankan kebahagian demi mendapatkan kebahagiaan.

Inilah salah satu bahasan menarik dari buku Don't Be Sad: Cara Hidup Positif Tanpa Pernah Sedih dan Frustasi. DR. Aidh al-Qarni, penulis buku ini, membimbing kita untuk tidak mengorbankan kebahgiaan yang sudah ada dengan kebahagiaan yang belum pasti.

Penulis telah membukakan jalan bagi siapa saja untuk menikmati kebahagiaan mulai detik ini, "Jangan menunda kebahagiaan!" kata beliau. "Mengapa Anda sering menunda untuk berbahagia dan malah sebaliknya selalu bersegera untuk bersedih," jelas beliau berikutnya.

rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa. Seluruh perkara dalam hidupnya bernilai positif baginya. ketika mendapatkan kemudahan maka dia bersyukur, sesungguhnya itu baik(positif) baginya. Dan ketika mendapatkan kesulitan maka ia akan bersabar dan itupun positif baginya".

Sebagaimana hadits ini, buku ini juga menyatakan bahwa tidak ada orang yang tidak menghadapi masalah dan kesulitan. Tetapi ada orang yang boleh menjadikan seluruh hidupnya-kemudahan dan kesulitan-bernilai positif, dan mereka inilah yang disebut sebagai 'manusia luar biasa'.

Buku ini mengajak kita semua untuk menjadi 'manusia luar biasa' dengan cara-cara yang biasa dan sederhana serta dengan modal yang kita miliki seadanya. Maka dari itu, beruntunglah Kmu bila memiliki buku ini,nntikan saat-saat bahagia yang hanya tinggal sekedipan mata saja. Maka dengan sekejap, kmu akan menjadi orang yang paling bahagia, damai, dan produktif seumur hidup kmu...

Inilah yang menjadi daya tarik dari buku ini, sehingga tak heran apabila buku ini selalu mendapat sambutan luar biasa dari penbaca di beberapa buah negara termasuk di Indonesia, Malaysia dan si asia tengah.

Akhir kata, kepada semua sahabat-sahabat, marilah kita bertawakal kepada Allah, Sang Pencipta dan Pemilik kebahagiaan itu. Tetaplah bersandar dan memohon kepada-Nya agar kebahagiaan-Nya sentiasa meliputi kita semua. Dan semoga buku ini dapat memeberi warna terbaru bagi kehidupan kita di saat ini dan selanjutnya, hingga memasuki hari perhitungan kelak. Insya Allah.

Judul Asli: Edisi Bahasa Inggris : Don't Be Sad
Penerbit : International Islamic Publishing House
Judul Terjemahan: Don't Be Sad: Cara Hidup Positif Tanpa Pernah Sedih dan Frustasi
Penulis: DR. 'Aidh Abdullah al-Qarni, MA.
Penerjemah: Rahmat Faishal
Editor: Sarah Amalia, Khoironi
Cetakan keenam, Februari 2005
526 muka surat.


Read more...

04-JANGAN MELEBIHI TUHAN(ALLAH)




Kadangkala amat menakutkan kita mendengar ucapan sesetengah orang. Saya pernah mendengar seseorang menyebut "dosa-dosa si pulan tidak akan diampunkan Allah". Ringan perkataan itu di lidahnya, amat berat kesalahannya di sisi Allah.

Sejak bilakah pula kita dijadikan wakil Tuhan dalam memutuskan rahmat atau kelaknatan di kalangan hamba-hamba-Nya? Kita menolak manusia ingin kembali ke daratan keampunan Allah hanya kerana emosi kita, sedangkan Allah sendiri mengisytiharkan keluasan rahmat-Nya untuk semua.

Marilah kita berkempen untuk manusia mendapatkan rahmat keampunan Allah ini. Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja, tetapi juga semua muda-mudi di jalanan dan pusat hiburan, artis di pentas, pemimpin di gelanggang politik dan seterusnya. Jangan menghukum seseorang itu sebagai tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan roh masih di jasadnya dan hukuman Allah belum pun kita tahu.

Nabi SAW bersabda: "Jika seseorang berkata: binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa"
(Riwayat Muslim)

Hadis ini bermaksud apabila seseorang berkata dengan tujuan merendahkan orang lain dan membanggakan dirinya seakan orang lain tidak mendapat kerahmatan, maka dialah akan dibinasakan Allah.

Dakwah agama ini hendaklah merentasi sempadan-sempadan yang dibikin oleh kita sendiri. Rahmat Allah mestilah disebarkan ke semua daerah hidup yang berbagai. Sama ada yang berada di gelanggang sukan, ataupun di pentas filem, atau di medan politik atau apa sahaja.

Janganlah perbincangan agama hanya menggambarkan seakan semua manusia akan memasuki neraka semata, lalu kita lupa Allah ialah Tuhan Yang Maha Rahmat. Ungkapan-ungkapan agama ini adalah ungkapan memberikan harapan, bukan menimbulkan kekecewaan.

Sehingga dalam hadis Nabi SAW bersabda: "Seorang telah melakukan satu dosa , lalu dia berkata: wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya- dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampunkan dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku ini, buatlah apa yang kau mahu.... aku ampunkan engkau".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim, dan lataz adalah lafaz Muslim).

Manusia melakukan dosa, tapi mencerikan hal seorang hamba yang bertaubat bersungguh-sungguh, namun die gagal mengawal dirinya lalu tetap terjatuh ke dalam dosa tersebut.

Setiap kali berdosa die ikhlas memohon keampunan oleh Allah SWT. Hadis ini juga memberikan semangat kepada mereka yang telah bersalah berulang kali untuk bertaubat bukan berputus asa dan terus mengikut jejak langkah syaitan.

Walaupun barangkali orang lain akan menyebut kepadanya "tidak guna kau bertaubat, sudah barapa kali kau tetap gagal kekal atas taubatmu", namun Allah tidak berkata demikian. Dia Yang Maha Pengampun tetap membuka pintu selagi hamba-Nya itu jujur dan ikhlas merintih kepada-Nya.

Jika Allah menutup pintu, maka kekecewaan akan meliputi jiwa hamba yang seperti ini dan akhirnya dia akan terus tenggelam dalam kejahatan. Namun dengan dibuka seperti ini, insan akan terus berusaha kembali kepada Allah setiap kali tergelincir.


Read more...

06 - JAHIL AGAMA SENDIRI

Saya amat hairan, ada agama tertentu yang dikatakan mempengaruhi emosi sesetengah anak-anak muda kita disebabkan unsur kasih-sayang dan rahmat berkenaan yang ditonjolkan dalam agama.

Seakan anak-anak muda kita tidak pernah memdengar mengenai keluasan rahmat dan keampunan Allah dalam Islam ini. Lalu mereka pun kagum dengan agama lain dan melupai agama sendiri yang diturunkan Allah ini.

Adakah kerana mereka tidak mempelajari ajaran Islam yang betul? Ataupun kempen kita kepada Islam kurang menonjolkan unsur-unsur kerahmatan agama ini?

Hendaklah kita sedar, dalam dakwah baginda Nabi SAW bukan hanya diceritakan balasan neraka, namun diceritakan juga kenikmatan syurga. Bukan hanya mengenai kemurkaan Allah kepada yang menderhakanya, tetapi juga diceritakan mengenai rahmat-Nya yang bagi yang kembali kepada-Nya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hijl ayat 49-50: (maksudnya)
"Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku( Wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani(bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Dan bahawa azab-Ku, adalah azab yang tidak terperi sakitnya,( bagi mereka yang tetap dalam kederhakaan)".

Semoga taubat mempunyai ruang yang basar dalam hidup kita. Manusia disuruh takut melakukan dosa. Namun jangan kecewa jika telah tersalah dan berdosa. Di samping itu, insan juga hendaklah selalu beringat, bahawa dosa yang terlampau setelah diberikan peringatan, boleh menghilangkan ingatan insan untuk kembali kepada Tuhan.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 6-7 (maksudnya):
"Sesungguhnya orang-orang yang ingkar itu, sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka, pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar".


Read more...

Wednesday, April 14, 2010

Sebuah perjalanan.....& kenangan-kenangan indah bersama teman2 sepanjamg pengajian di UiTM...=>





sewaktu di tahun ke-2 pengajian.....saat2 gembira & ceria....=> bersama teman-teman sebilik bi bilik 9.04 wing B kolej zamrud,UiTM penang... semoga kalian semua berjaya didunia & insyaAllah di akhirat juga..amin....
hari2 sebelum pilihanraya kampus.....UiTM pulau pinang....=>
bergambar sebelum turun untuk beriadah sewaktu tahun ke-2 pengajian...(di kolej Zamrud wing B, no bilik 4.22)
dalam bas .. sewaktu mengikuti khusus bakal calon Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Zon Utara

bergambar dgn ustazah semasa kedatangan untazah ke UiTM Pulau Pinang


mencuba...... tangkap gambar dgn laptop baru rakan sebelah bilik......=>(di kolej zamrud, wing A bilik no 9.04)




Read more...

Tuesday, April 13, 2010

Family bahagia idaman hati ku..... Mohd Nur Azizi



Insyaallah.... semoga suatu hari Allah....
Allah akan memperkenanakan....
impian di hati ini.....
untuk memiliki.....nya....
jikalau umur panjang
& berpeluang....
tidak di dunia...
InsyaAllah di syurga Allah..
ada menanti.........


Read more...

Tuesday, April 6, 2010





Read more...

Saturday, April 3, 2010

buku 3

"Rahsia Kejayaan Membangun Kecerdasan Emosi dan Sprotual"
karya : Ary Ginanjar Agustian


Dari penulis

"sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, tentulah kami bukakan baginya (pintu) rahmat dari langit dan bumi"

(Surah Al'raaf,96)

Saya pernah mempelajari ajaran Islam dari seorang tokoh ulama Bali, HS Habib Adnan. Saya merasakan bahwa ilmu yang diajarkan oleh beliau sangat berkesan kerana saya diberi kebebasan untuk berfikir (dengan bimbingan beliau). Sehingga pada akhirnya, saya mendapat hidayah daripada Allah SWT, untuk dapat menerima ajaran Islam secara sedar dan yakin, tanpa dipaksa atau didoktrinkan. Saya seperti mendapat 'kekuatan' dahsyat untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dari berbagai gambaran fenomena kihidupan yang selama ini terpisah-pisah.

Ajaran Islam yang saya fahami itu telah banyak memberikan sumbangan dalam hidup saya, khususnya dalam perniagaan saya yang bermula dari bawah. Sehingga saya berkeyakinan bahawa agam tidak hanya semat-mata hanya ritual ibadah tetapi di setiap inci persoalan manusia; ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan, mampu dibimbing oleh ajaran Islam.

Islam bukan hanya peraturan dan hukum-hakam, tetapi juga ilmu, cinta kasih dan yang paling besar bagi saya ialah Kecerdasan Emosi (EQ), bahkan kecerdasan Spiritual (SQ) ternyata mampu bersumber dari Rukun Iman, Rukun Islam dan Ihsan yang merupakan dasar agama Islam.

Setelah bertahun-tahun berada dalam 'pencarian' jati diri, dengan melalui pelbagai pengalaman selama berada dalam dunia perniagaan juga dengan pengkajian ilmu-gabungan sejumlah buku ilmiah moden sebagai rujukan, akhirnya saya samapai kepada kesimpulan bahawa Emosional Quotient dan Seperitual Quotient terbukti mengikuti konsep Rukun Iman dan Rukun Islam yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammah SAW 1400 tahun yang lalu.

Namun, sayangnya, konsep-konsep berfikir yang berkembang hari ini, cenderung kepada dikotomi pemikiran (pemisahan di antara dua perkara yang bertentangan - yang hamya cenderung kepada akhirat dan yang cenderung kepada dunia sahaja). Aristokrasi China kuno sebagai contah. Ketika China cenderung kepada aspek dunia sahaja; lebih mengutamakan kenikmatan serta keindahan alam. Kemudian datanglah Lao-Tse yang mempelopori kemajuan kehidupan spritual sehingga lahirlah ramai kader-kader agama seperti pendita dan kaum sufi di China namun kesannya, China tertinggal dari sudut kehidupan dan peradaban moden.

Di Eropah pula, Rom yang terkenal dengan kehebatan duniawi, kembali berubah ke arah kepentingan vertical apabila ia dikuasai oleh Kristian. Fenomena ini silih berganti di seluruh dunia.

Sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat banyak buku dan artikel terkini yang telah menjadi sumber inspirasi saya. Selain daripada buku-buku agama, saya mula membaca buku-buku berkaitan psikologi, ekonomi, pengurusan dan budaya. Sepanjang sepulah tahun, sya melalukan proses 'pencarian' dan 'penggalian' melalui bahan bacaan tersebut. Semakin diamati, saya semakin dapat merasakan bahawa terdapat satu 'kesimpulan' daripada keseliruhan 'penggalian' itu. Kesimpulannya, terdapat satu titik pencerahan. Titik pencerahan yang berlandaskan Rukun Iman. Islam dan Ihsan yang telah diterapkan dan dipraktikkan dalam perniagaan saya sejak beberapa tahun yang lalu. Penemuan yang saya dapatkan dari usaha-usaha (pencarian, penggalian dan aplikasi dalam dunia realiti), ingin saya kongsikan bersama anda semua melalui buku ini yang saya beri tajuk Rahsia Sukses Membangunkan Kecerdasan Emosi dan Spritual ESQ-Emotional Spiritual Quotient Berlandaskan 1 Ihsan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam.

Saya merasakan selama ini ramai yang mencari konsep pemikiran yang boleh dijadikan panduan menuju kejayaan hidup melalui pembacaan dan menghadiri pelatihan. Namun, konsep-konsep yang ditemui terhad dan tidak mampu menjawab segala permasalahan kehidupan secara menyeluruh. Tambahan pula, kita gagal mengaplikasikannya dalam kehdupan seharian dalam usaha untuk memperkayakan jiwa dan memastikan hidup ini lebih bermakna.



Read more...

buku 2

"ARUS TAJDID" Fitrah Merentasi Jamaah
karya : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Kerosakan dan kesesatan agama mula muncul selepas kewafatan Rasullullah s.a.w. Kemudian ia semakin berkembang biak pada zaman Khulafa al-Rasyidin, diikuti zaman-zaman selepas itu sehingga ke hari ini.

Melalui hadith sahih, Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan bahawa akan lahir mujaddid(reformer) yang akan memperbaharui agam ini pada setiap kurun.

Buku ini cuba membincangkan tentang arus tajdid yang berkembang luas pada masa ini bagi mengembalikan umat Islam kepada agamanya yang tulen.

Arus tajdid ini menyeru semua jemaah, parti, individu dan setiap lapisan masyarakat agar sama-sama berganding bahu mengembalikan kegemilangan Islam seperti masa dahulu.


Read more...