Assalamua'laikum... Salam ukhwah buat semua sahabat-sahabatku.. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri, disini saya ingin memohon maaf jika ada terbuat, salah dan silap kepada kalian. Moga ukhwah kita berterusan dan berkekalan. Apa kaba ye iman di dada? Moga kita selalu bermuhasabah diri agar dapat menjernihkan hati dan menambahkan keimanan dalam diri kita ini. Yakinlah sahabat-sahabatku Allah sentiasa bersama kamu, Allah sentiasa melindungi kamu.
Maha suci Allah yang menciptakan alam semesta dan seluruh isinya, serta menguasai dan mentadbirnya. Semoga kita tergolong daripada kalangan yang mendapat kurniaan dan rahmatnya. Mudah-mudahan terpelihara diri kita daripada kekotoran maksiat dan noda. Semoga kita mampu menyucikan diri sebagai persediaan menemui-Nya kelak.
Berbahagialah orang yang menyedari betapa indah dan nikmatnya mengetahui mengenai cara menjadi HAMBA ALLAH yang terpimpin dengan sinaran iman dan Islam yang hakiki. Mereka tidak rela biarpun sesaat daripada usianya, kecuali yang membawanya ke jalan yang mendapat curahan kasih sayang dan reda daripada Allah.
Dia menjaga segala sikap dan perilakunya. Pandangannya dilatih supaya menjadi mata yang dapat menatap Allah di akhirat kelak. Ditahan pandangannya daripada terarah kepada sesuatu yang tidak diredai Allah. Pandangannya dipalingkan daripada segala yang haram. Mata yang dianugerahkan Allah kepadanya, dijadikan bagi mereka menatap ayat-ayat agung Allah. Pendek kata segala apa yang dilihatnya bersih dan suci daripada segala maksiat. Moga kita semua tergolongan dalam kalangan orang-orang sebegini. InsyaAllah.
Ramai orang yang mengecapi kejayaan setiap kali keinginan hati dan cita-citanya tercapai. Namun ketahuilah, orang yang berasa mereka sudah berjaya tanpa ibadah adalah tidak ubah seperti bangunan tanpa tapak, Lama kelamaan ia bakal goyah dan akhirnya roboh begitu sahaja. Sesungguhnya dengan ibadah yang baik, akhlak lebih terjaga. Ada yang memerhatikan mereka. Dengan ibadah yang baik, hati menjadi temteram, fikiran jernih, idea dan fikiran lebih cemerlang kerana Allah sentiasa menolongnya.
Dengan ibadah yang baik, mudah-mudahan doa menjadi makbul. Apabila ada masalah pasti ada jalan keluarnya. Kita sering berhadapan dengan masalah dalam hidup, tetapi yakinlah Allah akan menguji kita setimpal dengan kemampuan diri kita. Allah tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.
Akhir sekali, begitu beruntung sesiapa yang bersungguh-sungguh menjadikan tujuan hidupnya hanya untuk Allah. Apabila dibandingkan perkara lain menjadi terlalu kecil selain Allah bagi dijadikan cita-cita tujuan hidupnya. Hanya Allah sahaja tujuan sagala-galanya.
Allah sahaja yang maha mengetahui.
Jangan lupa jaga diri, jaga hati, jaga iman dan jaga akhlak mu...=)
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
2 days ago
0 comments:
Post a Comment