Sharing Mufti
September 23, 2009 by Im Koyube @ iLuvislam.com
Filed under Perkongsian Alumni
Leave a comment
Antara cabaran umat Islam di Malaysia yang kita hadapai kini ialah sudah ada pihak yang cuba hendak menyerapkan fahaman Islam liberal kepada rakyat kita di Malaysia. Saya memohon kepada umat Islam supaya berhati-hati tentang fahaman Islam Liberal kerana fahaman ini mendakwa bahawa semua agama adalah sama sedangkan di dalam Al-Quran telah jelas mengatakan “Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam.” Jadi agama selain dari Islam tidak boleh diterima oleh Allah s.w.t. Ini yang harus simabil perhatian oleh umat Islam.
Saya telah mengikuti ESQ Training dan saya mendapati pendekatan ini adalah pendekatan yang terbaik dan sesuai pada masa kini. Sebab pendekatan ESQ ini adalah pendekatan berbentuk ilmiah, iaitu berdasarkan daripada ayat Al-Quran, kemudian disepadukan dengan akidah. Walau dipaparkan penemuan astronomi atau ilmu sains dan sebagainya tetapi ia Berjaya dikaitkan dengan keyakinan kepada Allah Yang Maha Pencipta. Bagi saya apa yang dibuat oleh ESQ adalah training terbaik yang pernah saya ikuti.
Barat cuba menghapuskan fahaman (Islam) mengatakan bahawa sains itu tiada kaitan dengan Islam…sebagai cara untuk memisahkan cara hidup dengan agama. Barat cuba memesongkan pemikiran umat Islam, sedangkan zaman silam, kita melihat berapa ramai ulama-ulama Islam yang sangat memahami ilu sains seperti astronomi dan kaji hayat. Saya melihat modul yang terdapat dalam ESQ, tidak ada perkara-perkara yang bertentangan dengan iktikad Ahli Sunnah Waljamaah yang kita yakini dan amalkan.
Selain itu saya melihat training ini juga sangat bersesuaian untuk golongan remaja. Training ESQ Berjaya mengumpulkan generasi muda selama dua hari dan diberikan ilmu-ilmu berkaitan dengan keyakinan dan pegangan hidup. Training ESQ ini cara mudah untuk memberi kesedaran kepada mereka.
Sebenarnya jika kita ingin menilai sesuatu perkara, pertama sekali kita perlu melihatnya dari peringkat awal sehingga akhir. Kita tidak boleh hanya berpandukan buku semata-mata. KAdang-kadang apa yang kita baca tak sama dengan apa yang kita alami. Kita faham yang lain, sedangkan apa yang penulisnya maksudkan tidak sama dengan apa yang kita faham. Sebab itu orang kata kalau nak belajar, mestilah berguru. Kalau kita tidak faham atau berasa ragu, kita boleh bertanya kepada penulis. Jangan mudah membuat anggapan, sesuatu yang kit tidak faham itu menyeleweng tanpa kita bertanya dahulu kepada penulisnya.
Perkongsian oleh : S S Datuk Hassan Ahmad, Mufti Pulau Pinang
Saturday, April 3, 2010
Posted by Hamba Allah at 12:49 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment