BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 3, 2010

buku 3

"Rahsia Kejayaan Membangun Kecerdasan Emosi dan Sprotual"
karya : Ary Ginanjar Agustian


Dari penulis

"sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, tentulah kami bukakan baginya (pintu) rahmat dari langit dan bumi"

(Surah Al'raaf,96)

Saya pernah mempelajari ajaran Islam dari seorang tokoh ulama Bali, HS Habib Adnan. Saya merasakan bahwa ilmu yang diajarkan oleh beliau sangat berkesan kerana saya diberi kebebasan untuk berfikir (dengan bimbingan beliau). Sehingga pada akhirnya, saya mendapat hidayah daripada Allah SWT, untuk dapat menerima ajaran Islam secara sedar dan yakin, tanpa dipaksa atau didoktrinkan. Saya seperti mendapat 'kekuatan' dahsyat untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dari berbagai gambaran fenomena kihidupan yang selama ini terpisah-pisah.

Ajaran Islam yang saya fahami itu telah banyak memberikan sumbangan dalam hidup saya, khususnya dalam perniagaan saya yang bermula dari bawah. Sehingga saya berkeyakinan bahawa agam tidak hanya semat-mata hanya ritual ibadah tetapi di setiap inci persoalan manusia; ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan, mampu dibimbing oleh ajaran Islam.

Islam bukan hanya peraturan dan hukum-hakam, tetapi juga ilmu, cinta kasih dan yang paling besar bagi saya ialah Kecerdasan Emosi (EQ), bahkan kecerdasan Spiritual (SQ) ternyata mampu bersumber dari Rukun Iman, Rukun Islam dan Ihsan yang merupakan dasar agama Islam.

Setelah bertahun-tahun berada dalam 'pencarian' jati diri, dengan melalui pelbagai pengalaman selama berada dalam dunia perniagaan juga dengan pengkajian ilmu-gabungan sejumlah buku ilmiah moden sebagai rujukan, akhirnya saya samapai kepada kesimpulan bahawa Emosional Quotient dan Seperitual Quotient terbukti mengikuti konsep Rukun Iman dan Rukun Islam yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammah SAW 1400 tahun yang lalu.

Namun, sayangnya, konsep-konsep berfikir yang berkembang hari ini, cenderung kepada dikotomi pemikiran (pemisahan di antara dua perkara yang bertentangan - yang hamya cenderung kepada akhirat dan yang cenderung kepada dunia sahaja). Aristokrasi China kuno sebagai contah. Ketika China cenderung kepada aspek dunia sahaja; lebih mengutamakan kenikmatan serta keindahan alam. Kemudian datanglah Lao-Tse yang mempelopori kemajuan kehidupan spritual sehingga lahirlah ramai kader-kader agama seperti pendita dan kaum sufi di China namun kesannya, China tertinggal dari sudut kehidupan dan peradaban moden.

Di Eropah pula, Rom yang terkenal dengan kehebatan duniawi, kembali berubah ke arah kepentingan vertical apabila ia dikuasai oleh Kristian. Fenomena ini silih berganti di seluruh dunia.

Sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat banyak buku dan artikel terkini yang telah menjadi sumber inspirasi saya. Selain daripada buku-buku agama, saya mula membaca buku-buku berkaitan psikologi, ekonomi, pengurusan dan budaya. Sepanjang sepulah tahun, sya melalukan proses 'pencarian' dan 'penggalian' melalui bahan bacaan tersebut. Semakin diamati, saya semakin dapat merasakan bahawa terdapat satu 'kesimpulan' daripada keseliruhan 'penggalian' itu. Kesimpulannya, terdapat satu titik pencerahan. Titik pencerahan yang berlandaskan Rukun Iman. Islam dan Ihsan yang telah diterapkan dan dipraktikkan dalam perniagaan saya sejak beberapa tahun yang lalu. Penemuan yang saya dapatkan dari usaha-usaha (pencarian, penggalian dan aplikasi dalam dunia realiti), ingin saya kongsikan bersama anda semua melalui buku ini yang saya beri tajuk Rahsia Sukses Membangunkan Kecerdasan Emosi dan Spritual ESQ-Emotional Spiritual Quotient Berlandaskan 1 Ihsan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam.

Saya merasakan selama ini ramai yang mencari konsep pemikiran yang boleh dijadikan panduan menuju kejayaan hidup melalui pembacaan dan menghadiri pelatihan. Namun, konsep-konsep yang ditemui terhad dan tidak mampu menjawab segala permasalahan kehidupan secara menyeluruh. Tambahan pula, kita gagal mengaplikasikannya dalam kehdupan seharian dalam usaha untuk memperkayakan jiwa dan memastikan hidup ini lebih bermakna.


0 comments: