BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Satu Tuhan. Show all posts
Showing posts with label Satu Tuhan. Show all posts

Friday, August 6, 2010

The Divine Book pt. 8 (Melepasi Ujian Masa)

Assalamualaikum... Sahabat-sahabatku sekalian... Alhamdulillah dikesempatan kali ni diriku berpeluang juga untuk meletakkan artikal "Melepasi Ujian Masa" yang diadaptasikan dari "The Divine Book pt.8".Penulisan ini saya tujukan kepada sahabat-sahabat yang mana belum berpeluang & berkesempatan untuk menonton video "The Divine Book Pt.8" tersebut. Walaupun quiz, test & Assignment semakin mendatang dalam kehidupan ku sebagai mahasisiwa tahun ke-2 dapat juga diriku menaipkan balik,isi2 penting dalam bentuk tulisan. Diharap sedikit sebanyak, dapatlah diperkongsikan kepada kalian... perkongsian melalui konsep pemberian... Maaf kalau ada salah silap, dalam proses penulisan balik ni... _segala tulisan dalam artikal ini, adalah sama seperti kata-kata dalam video tersebut, tiada ubahan atau olahan yg dibuat untuk mengelak daripada kekeliruan berlaku ketika kalian membacanya.. Tulisan ini juga ditujukan khas kepada teman-teman sekalian yang berlainnan agama dan kepercayaannya dengan kami yang beragama Islam(mengesakan Allah)...

Kata-kata dari Dr Zakir Naik:
Ramai orang menyalah anggap...
bahawa nabi Muhammad(S.A.W) adalah pencipta dan penubuh agama Islam.
Namun yang sebenarnya, Islam telahpun wujud sejak manusia pertama kali menjejak kakinya di bumi ini.
Tuhan Maha Besar telah menghantar begitu banyak kitab dan juga nabi kepada kita semua.
Kesemua nabi terdahulu yang diutuskan oleh Allah S.W.T...
hanyalah diutuskan untuk kaum-kaum dan negara-negara tertentu.
Dan pesanan lengkap mereka hanya disampaikan untuk jangka masa yang pendek.
Itulah sebabnya, itulah juga mukjizat yang mereka lakukan.
Seperti membelah laut...
seperti menghidupkan semula yang mati.
Hanya untuk kaum-kaum pada waktu itu, tetapi tidak boleh diperiksa dan disahkan oleh kita pada hari ini.
Nabi Muhammad(S.A.W) adalah pesuruh Tuhan yang terakhir.
Diutuskan kepada seluruh umat manusia...
dan pesanannya pula bertujuan untuk disampaikan sehingga akhir zaman.
Untuk apa-apa kitab pun mengaku bahawa ia adalah dari Tuhan Maha Besar(Allah)...
ia patut melepasi ujian masa.

Perkongsian oleh Seorang Ahli Sains dalam sebuah ucapan beliau....
Selama 35 tahun yang dahulu, saya merupakan seorang yang tidak percaya akan Tuhan.
Saya tahu bahawa Tuhan tidak wujud, saya tidak melihat apa-apa tujuan untuk mengenali Tuhan, dan saya tidak percaya akan Tuhan.
Namun, sejak kecil lagi saya begitu berminat dengan sains.
Dan sementara pengetahuan saya, tentang sains berkembang...
25 tahun dahulu, dalam sekelip mata, saya mendapat ilham bahawa...
alam semesta ini begitu sempurna penciptaannya dan kesemuanya begitu serasi, dan Tuhan patut wujud.

Jadi dalam satu saat, saya pergi dari fahaman bahawa Tuhan tidak pernah wujud kepada fahaman bahawa Tuhan mesti wujud, dan hanya satu Tuhan.
Jadi saya menerima hakikat bahawa Tuhan wujud jadi saya pun mengucap dua kalimah syahadah.
Tetapi saya tiada niat untuk mencari sebuah agama kerana saya berfikiran bahawa semua agama adalah salah.
Dan saya membeli Quran yang diterjemah ke bahasa Inggeris...
dan apabila saya mula membacanya, saya membacanya dengan idea yang sama sepertimana saya membaca kitab Injil, iaitu buku ini ditulis oleh manusia...
tetapi kali ini, kita tahu nama manusia itu, Muhammad.
Jadi apabila saya habis membaca 1/3 dari Quran, saya masih ingat lagi saya memberitahu isteri saya bahawa...
"Kamu tahu, Muhammad ini merupakan seorang yang sangat bijak dan sangat pandai kerana...
kitab ini sangatlah jelas, sangatlah logikal, sangatlah senang untuk difahami, dan tiada satu pun ketidaksetujuan."
Namun, apabila saya meneruskan membaca...
saya terjumpa satu fakta sains yang saya tahu hanya dijumpai pada abad ke-20.
Jadi secara langsung saya tahu bahawa Muhammad bukanlah pengarang kitab ini kerana Muhammad adalah seorang nabi...
yang diutuskan oleh Tuhan untuk menyampaikan kitab Quran kepada umat manusia.
Saya lihat...
MasyaAllah, Muhammad Rasulullah!
Itulah rahmat terbesar yang saya pernah dapat sepanjang hidup saya.
Saya mempunyai keluarga yang sempurna, anak-anak saya juga begitu sempurna, isteri juga...
tetapi rahmat terbesar adalah bahawa Tuhan telah memberi hidayah kepada saya.
Dan apabila saya beribadah, saya berdoa kepada Tuhan agar mematikan saya dalam keadaan iman...
janganlah hilang keimanan saya ini sekali lagi.


Jadi apakah fakta sains yang telah dijumpai lelaki tadi di dalam Quran?
Beri perhatian...
Di dalam setiap zaman, manusia telah selalu terfikir bagaimana alam semesta ini tercipta.
Ke mana ia akan pergi, bagaimana undang-undang yang mengekalkan keseimbangan dan tertibnya berfungsi.
Berabad lamanya, ahli-ahli sains dan juga para pemikir telah membuat segala macam kajian terhadap topik ini...
dan mencipta beberapa teori baru.
Fahaman yang paling biasa pada abad ke-19 adalah bahawa alam semesta ini adalah sebuah pengumpulan jisim...
yang saiznya tidak terhingga, yang wujud sejak azali lagi dan akan terus wujud selama-lamanya.
Membina asas-asas bagi falsafah kebendaan, fahaman ini menolak kewujudan Pencipta.
Sementara ia kekal dengan fahaman bahawa alam semesta tidak ada permulaan, ataupun penamat.
Namun, Edwin Hubble, seorang ahli astronomi Amerika, membuat antara penemuan sains yang paling penting di dalam sejarah.
Sementara beliau memerhati bintang-bintang cakerawala dengan teleskop besarnya...
beliau mendapati bahawa mereka menghasilkan cahaya kemerah-merahan mengikut jarak mereka.
Ia bermakna bahawa bintang-bintang sedang bergerak semakin jauh dari kita.
Kerana mengikut undang-undang asas fizik, spektra pancaran cahaya yang bergerak semakin dekat kepada tempat pemerhatian, berkebiasaan kepada warna violet.
Sementara spektra pancaran cahaya yang bergerak semakin jauh dari tempat pemerhatian, berkebiasaan kepada warna merah.
Semasa pemerhatian Hubble, beliau mendapati bahawa cahaya dari bintang berkebiasaan kepada warna merah.
Ia bermakna bahawa mereka sedang bergerak semakin jauh dari kita.
Tidak lama kemudian, Hubble sekali lagi membuat satu penemuan penting.
Bintang-bintang dan galaksi bukan hanya bergerak semakin jauh dari kita, tetapi semakin jauh dari satu sama lain!
Satu-satunya konklusi yang boleh dibuat dari sebuah fahaman bahawa alam semesta dan bintang-bintang bergerak semakin jauh dari satu sama lain...
adalah bahawa alam semesta ini, berkembang dengan kadar yang tetap.


Sebuah fakta sains yang kemudiannya disahkan oleh Einstien.
Dengan undang-undang perkembangan alam semesta digunakan, jikalau kita boleh mengundur semula masa...
alam semesta ini akan dibuktikan untuk bermula dari satu titik tertentu...
dan alam semesta ini telah dicipta dari letupan satu titik ini yang tiada jisim.
Letupan besar ini kemudian dinamakan, "THE BIG BANG".

Maklumat ini ada disebut di dalam Quran yang agung di dalam surah Anbiyaa'.
Satu permulaan yang sangat-sangat menarik.
"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi keduanya dahulu adalah satu yang padu(bertaut/bersatu), kemudian kami belahkan(pisahkan) keduanya. Kami jadikan setiap sesuatu yang hidup dari air. Tidakkah mereka percaya?"
Surah 21 ayat 30.
Maksud Pisah:
Untuk membelah atau membahagikan dengan menetaknya.
Bayangkan, maklumat ini yang dijumpai dan dapat dibuktikan baru-baru ini.
Namun, Quran mendedahkannya 1400 tahun yang dahulu!

Data yang dikumpul Hubble disemak berkali-kali, dan akhirnya ia disahkan benar!
Bahawa alam semesta sedang berkembang dan bukannya tidak bergerak.
Hubble kemudiannya memenangi anugerah Nobel kerana penemuan yang mengagumkan ini.


(Sebahagian)Dialog antara pakar ahli sains yg berpahaman Atheist dgn Islam tentang kewujudan Pencipta dan asal usul kehidupan:

"Seorang Atheist(orang tidak percayakan Tuhan)"
Dan kamu mengejutkannya, menjumpai buku berdakwat(Al-Quran) ini yang memberitahu kamu dari mana kita semua datang...
Mereka telah melakukannya selama beberapa abad yang lalu, iaitu memasukkan persoalan itu ke dalam "Tuhan" mereka.

Hassanain Raibali
Kamu bercakap tentang Tuhan, kami memanggil Allah sebagai Tuhan.
Apakah Allah? Allah dari segi Islam bermaksud satu-satunya Tuhan yang mutlak dan tidak boleh dipersekutukan.
Apabila kamu kata ia palsu, maka palsukan kewujudan saya ini. Saya cabar kamu palsukan!
Beritahu saya bahawa saya tidak wujud.
Kerana pada saat kamu membincangkan tentang kewujudan saya dan juga kamu, kamu mesti pula menyemak semula kebernaran sumber kewujudan kita berdua.

Fakta Sains:
Dengan undang-undang perkembangan alam semesta digunakan, jikalau kita boleh mengundur semula masa...
alam semesta ini akan dibuktikan untuk bermula dari satu titik tertentu.
Satu-satunya konklusi yang boleh dibuat dari sebuah fahaman bahawa alam semesta dan bintang-bintangnya bergerak semakin jauh dari satu sama kain...
adalah bahawa alam semesta ini, berkembang dengan kadar yang tetap.

Jadi seterusnya kita baca di dalam Quran, di dalam surah Adz-Dzaariyat, surah 51 ayat 47-48.
"Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan(Kami)...
dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya(membentangkannya)."


Namun ramai yang menolak......








Read more...

Wednesday, August 4, 2010

The Divine Book pt. 9 (Bukti Semua Nabi Adalah Islam

Saya dedikasikan episod ini kepada setiap orang ataupun kumpulan yang cuba untuk meruntuhkan siri ini(The Divine Book).
Dan juga setiap orang ataupun kumpulan muslim yang bukan sejati yang cuba untuk memutarbelitkan makna perpaduan dan kebenaran.

Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian), marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan tidak sekutukan-Nya sesuatu juapun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil orang-orang lain sebagai pujaan selain dari Allah." Kemudian jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Quran, Surah Al-Imran:64)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hidup ini merupakan satu perjalan.....

Perjalanan inilah ujian kita.....

Banyak kali kita akan hilang arah dan hilang tujuan hidup... dan membiarkan benda-benda tidak penting untuk memenuhi impian dan matlamat hidup kita....

Kita hilang tumpuan akan perjalanan kita, dan juga hilang tujuan hudup... sementara roh dan jiwa kita merindukan untuk menemui Pencipta kita....

Pencipta yang sama yang telah menciptakan segala yang wujud, supaya kita boleh menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Ilahi untuk mencari dan menemui-Nya....

Apakah yang diperlukan untuk kita mengatasi perbezaan yang diciptakan manusia dan bersatu di bawah satu Pencipta yang begitu agung?....

Kamu boleh pilih untuk menonjolkan perbezaan kita....

kamu juga boleh memilih untuk memanggil diri kamu apa saja yang kamu ingin...

sunni, shia'h, kristian, yahudi, buddha, rastafarian, zoroastrian, hindu, dan lain-lain...

tetapi kamu perlu tahu bahawa Tuhan telah memilih satu saja nama untuk mereka yang betul-betul percaya.

Dan apabila kamu melihat di sebalik semua perbezaan ini, kamu mungkin akan terkejut melihat apa yang kamu akan temui...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Di dalam Al-Quran, Tuhan Maha Besar telah bersabda..
"Satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah adalah Islam..."
Jadi bagaimana pula dengan yahudi?
Bagaimana pula dengan Kristian?
Tidakkah mereka wujud? Betulkah agama Yahudi dan Kristian?
Saya akan berkata ya, tetapi bukan dengan nama.
Nama-nama ini tidak pernah wujud.
Kerana bagaimana berasalnya perkataan "Yahudi"?
Kamu akan bertanya kepada orang-orang pakar Yahudi!
Tanya mereka, dari manakah asalnya perkataan Yahudi??
Adakah ia terdapat di dalam kitab kamu?
Kitab Yahudi iaitu Kitab Injil lama. Terdapat 5 buku asal kitab ini dan antaranya ialah Genesis.
Dan kelima-lima buku ini sepatutnya dipanggil "Taurat" yang bermaksud undang-undang.
Inilah asas-asas ajaran nabi Musa.
Adakah perkataan "Yahudi" terkandung di dalam kitab Taurat?
Dia akan berkata, Tidak!
Adakah ia terdapat di dalam kitab Talmud?
Dia akan berkata, Tidak!
Adakah ia terkandung di dalam Mithna?
Dia akan berkata, Tidak!
Dan dari mana asalnya perkataan itu?
Dari mana kamu dapat perkataan "Yahudi" ini?
Adakah nabi Musa menyebut perkataan "Yahudi"?
Dia akan berkata, Tidak!
Baginda tidak pernah menggunakan perkataan "Yahudi".
Jika nabi Musa hidup hari ini, dan kita berkesempatan untuk bertemu dengannya,...
kamu tanya baginda, apakah agama kamu sebenarnya?
Apakah nama agama kamu sebenarnya?
Saya tidak mengharap untuk baginda menjawab "Yahudi"!
Kerana baginda tidak pernah mendengar perkataan itu sepanjang hidupnya!
Apa yang saya harap untuk baginda jawab ialah...
"Agama saya adalah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan".
Sebuah jawapan yang sangat cantik untuk agama yang baginda sebarkan.
Sekarang, satu perkataan ringkas untuk ayat tadi di dalam bahasa Arab ialah ISLAM!!
Baginda hanya memberikan sebuah penerangan iaitu agama menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan(Allah).
Satu perkataan ringkas untuk ayat itu di dalam bahasa Arab ialah Islam.
Judaism(Yahudi) berasal dari perkataan "Juda" yang merupakan nama bagi salah seorang anak Ya'akub.
Dan orang-orang luar memanggil agama yang diikuti oleh anak-anak "Juda" di negeri "Judia" sebagai Judaism(Yahudi)!
Itulah asalnya perkataan Judaism.
Ia bukan di dalam Taurat, bukan di dalam Talmud, bukan di dalam Mithna, tetapi ia merupakan satu perkataan ciptaan.
Mereka semua menyukai nama itu dan mula menggunakannya, Judaism.
Nabi Musa tidak pernah dengar perkataan Judaism.

Bagaimana pula dengan perkataan Kristrian?
Jika kita berkesempatan untuk bertemu pula dengan Nabi Isa dan bertanya kepadanya,...
"Apakah pula agama kamu wahai Isa?"
Saya tidak mengharapnya untuk menjawab Kristian!
Kerana baginda juga tidak pernah mendengar perkataan itu!
Percayalah, baginda tidak pernah mendengar perkataan Kristian sepanjang hidupnya! Perkataan "Christ" tidak pernah didengar oleh baginda juga!
Apa pula yang kamu harap baginda menjawab?
Apa yang saya harap untuk baginda jawab ialah...
"Agama saya adalah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah."
Dan satu perkataan ringkas untuk ayat itu di dalam bahasa Arab ialah Islam.
Agama baginda adalah Islam, agama nabi Musa juga adalah Islam dan mereka adalah Muslim!

Adakah itu bermaksud yang mereka mengikut ajaran Muhammad?
Tidak!
Kerana perkataan Muslim bermaksud seseorang yang menyerahkan dirinya kepada Tuhan.
Ibrahim seorang Muslim, Daud seorang Muslim, Sulaiman seorang Muslim, Isa seorang Muslim, Muhammad seorang Muslim.
Sesiapa saja yang menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada Tuhan adalah seorang Muslim!
Alam semulajadi juga adalah Muslim kerana mereka semua berserah diri sepenuhnya kepada Tuhan.
Tetapi sesetengah manusia akan juga berpaling dari Tuhan dan tidak suka berserah diri kepada-Nya.
Mereka berkata: "Kami tidak percayakan Tuhan dan berkata macam-macam lagi tentang diri mereka".
Namun kesemua benda semulajadi seperti matahari, bulan, bintang, tumbuhan, planet, semuanya berserah diri kepada Tuhan!
Oleh itu kita panggil mereka juga Muslim!
Hanya segelintir manusia yang tidak berserah.
Jadi dari manakah asalnya perkataan Kristian?
Adakah ia terkandung di dalam kitab Injil?
Tak ada! Perkataan Kristian tidak terkandung di dalamnya!
Tetapi ada terkandung perkataan "Christ" di dalamnya.
Musuh-musuh ataupun mereka yang menentang ajaran nabi Isa memanggil pengikut nabi Isa sebagai "Kristian".
Menekankan bahawa mereka adalah orang-orang yang menyembah nabi Isa.
Jadi, mereka dipanggil oleh musuh-musuh mereka sebagai Kristian.
Nabi Isa tidak menciptakan perkataan Kristian. Tidak sama sekali. Musuh-musuh mereka yang memanggil mereka Kristian.


Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaran-Nya?
Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya? (QS.Al-Imran:70-71)

Apabila iman memasuki hati seseorang... maka Allah memasukkan juga Nur(Cahaya) ke dalamnya. Dan dengan cahaya itu, hati itu boleh melihat apa yang mata tidak mampu lihat. Dan Allah, iaitu Tuhan yang Satu, bersabda "Dan Kami menurunkan kitab ini wahai Muhammad, turun-Nya supaya ia dapat menerangkan tiap-tiap sesuatu". Dan bagi mereka yang mempunyai akal fikiran dan kebijaksaan untuk mencuba meneroka Kitab itu dan mengkaji kitab Allah, dan mencari apa yang dapat menerangkan dan apa yang dapat memberi hidayah. Dan kemudian mereka menerimanya, dan mendakapnya, dan kemudian mengamalkannya di dalam kehidupan mereka. Berita baik dan sukacita bagi mereka!
Sheikh Imran Hosein


One God, One Original Message.....( Satu Tuhan, Satu Pesanan Asli)

Namun ramai yang menolak.


Read more...