BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 11, 2010

Bersihkan Hatimu....

Teman-temanku, sesungguhnya kunci kejayaan seseorang terletak pada hatinya. Apabila hatinya baik, baiklah seluruhnya. sebaliknya, apabila hatinya jahat, jahatlah seluruhnya. Hati adalah penentu kualiti diri seseorang. Oleh kerana itu, bagi memperbaiki manusia secara keseluruhan terletak pada keberkesanan kebaikan hatinya. Pembinaan dan pendidikan diri manusia tidak bererti apabila tidak diikuti dengan pembinaan hati. Keberkesanan pembinaan kualiti diri manusia begitu bergantung pada kejayaan pembinaan hati. Alangkah bahayanya apabila kita menghadapi orang yang gagah dan kuat, tetapi hatinya jahat. Bagaimanakah pula terjadi apabila ada beberapa orang yang menguasai teknologi bagi mengahancurkan bumi, sementara hatinya tidak kenal rasa kasih sayang.

Segala pekerjaan yang kita lakukan dinilai daripada amalan hati kita. Itulah kaitan pekerjaan dengan amalan hati kita. Apabila niat kita ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, amalan kita adalah tinggi nilainya. Apabila niat kita terpesong, bukan kerana ingin mendapat keredaan Allah, tetapi untuk mendapat pujian ataupun bagi menyaingi orang lain, amalan kita tidak bernilai dan tidak bererti lagi. Ketahuilah, niat itu terletak pada hati. Hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas. Daripada niat yang ikhlas muncul kekuatan yang begitu besar. Kekuatan yang syaitan pun tidak sanggup mempengaruhinya. Kekuatan orang yang ikhlas ini yang perlu kita capai wahai teman-temanku. Oleh itu, berusahalah kita membersihkan hati.

Bukhari dan Muslim menceritakan Nabi Muhammad swt berkata, "Sesunggunnya dalam jasad ada seketul daging. Sekiranya ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, sebaliknya sekiranya ia buruk, buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah daging itu adalah hati."

Terdapat juga di dalam hadis yang menyatakan, "Semua manusia akan celaka, kecuali orang yang berilmu; semua orang yang berilmu akan celaka, kecuali orang yang beramal; semua orang yang beramal akan celaka, kecuali orang yang ikhlas."

Teman-temanku, hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal demi membuktikan yang kita orang Muslim.

Renungan
Bagaimanakah cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup?
-Selalu berzikir kepada Allah. Dengan berzikir hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi kita.
-Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.
-Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

Allah menjelaskan di dalam Al-Quran surah al-Ahzab ayat 41 yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya."

_bingkisan ini khas buat semua sahabat2ku yg amat berharga & penting dlm hidupku kini dan selamanya... kalian adalah anugerah daripada Allah yg amat berharga & tak ternilai buat diriku ini
yakinlah! Allah sentiasa bersama kalian! Allah sentiasa melindungi kalian! ..... Allah sekali-kali tidak akan mensia-siakan hamba-hambaNya yang mencintai dan menyayangiNya.. Semoga kmu memperoleh kebahagian bukan sahaja di dunia, tapi di Akhirat (kehidupan kekal kmu), InsyaAllah kebahagian hidup dalam Syurga Allah SWT.. yang tak terhitung dan tak terjangkau dalam fikiran kita yang hanya hambaNya.. bagaimana nikmat & kebahagian hidup di sana kelak... semoga kmu sentiada diredhai dgn sifat KetinggianNya.... yang ada dalam diri kmu...

0 comments: