Daripada Miqdam Bin Ma’di Kariba RA, Nabi SAW bersabda : “ Apabila seseorang insan mengasihani saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihaninya.” ( Riwayat Abu Daud dan Al Tirmizi )
Ulasan Hadis :
1. Di dalam hadis ini Nabi SAW menganjurkan kepada kita supaya menyatakan rasa kasih kepada saudara seislam yang kita kasih dan sayang.
2. Perbuatan ini akan meyemarakkan lagi hubungan ukhuwah yang terjalin sesama saudara kita, teman kita, rakan kita, lebih-lebih lagi terhadap seseorang yang selayaknya kita nyatakan rasa kasih seperti kepada ibu bapa kita, suami isteri, murid dan gurunya. Namun ianya perlu di jaga, menyatakan rasa kasih ini bukan sewenangnya hingga kita berbuat sesuatu yang terlarang dalam Islam dengan menyatakan rasa kasih pada seseorang yang tidak halal bagi kita (bukan mahram).
3. Kekuatan ummat Islam adalah terletak kepada ukhuwah dan kesatuan hati, andai ianya lemah maka akan lemahlah binaan kesatuan ummat Islam. Sebagai mengukuhkan hubungan persaudaraan ini kita digalakkan untuk memberitahu pada saudara kita bahawa kita kasih padanya kerana ALLAH.
4. Adakalanya seseorang teman, keluarga, sesama saudara dsb tidak mengetahui bahawa kita mengasihinya dan mengambil berat terhadapnya, begitu juga sebaliknya. Dengan cara melafazkan dan meluahkan maka akan menambah rasa senang hati dan terlerailah rasa perasangka buruk di hati kita terhadapnya. Jika ada terselit rasa benci, marah mahupun dendam maka tepadamlah segala sifat mazmumah tersebut.
5. Jika ada dikalangan kita yang bersengketa, leraikanlah, jika ada yang masih menaruh perasaan dendam terhadap saudaranya, hilangkanlah, dan andai wujud permusahan dan rasa benci bunuhlah perasaan itu, semuanya kerana cintakan ALLAH dan Nabi SAW.
6. Oleh itu, sama-samalah kita bina dan memupuk ukhuwah yang sihat sesama saudara seislam, sepertimana yang telah diajarkan oleh Nabi SAW. Setelah kita berkasih sayang kerana ALLAH, maka akan mudahlah segala urusan kehidupan kita di dunia dan akhirat.WALLAHU’ALAM.
Monday, May 10, 2010
BERITAHULAH : “ aku kasih padamu ”
Posted by Hamba Allah at 1:33 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment