BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 22, 2010

Detik Terakhir Rasulullah sebelum wafat 1

Tahun 11 Hijrah

Rasulullah pulang ke Madinah dari menunaikan haji. Beliau memerintahkan USAMAH BIN ZAID (20 tahun) mengetuai tentera Islam ke Balqa’(Palestin) untuk membebaskan ROME.

Kemudian, beliau menziarahi perkuburan BAQI’ di Madinah, tempat ramai sahabat dan orang beriman disemadikan.

Di BAQI’ beliau mendoakan kepada arwah umat Islam di situ. Kemudian beliau bertanya kepada MUWAIHIBAH(bekas hamba yang telah bebas)

“Wahai Abu Muwaihibah, fitnah sudah mula dating”

Kemudian Rasulullah bercakap kepada ahli kubur “Bergembiralah dengan keadaan kamu sekarang, bergembiralah dengan keadaan kamu sekarang. Fitnah sudah mula berdatangan, fitnah demi fitnah”

Kemudian Rasulullah berkata “Wahai Abu Muwaihibah, aku diberi pilihan antara diserahkan kepada aku segala kekayaan dunia semuanya dan aku kekal di dunia kemudian aku masuk syurga ataupun aku bertemu dengan Tuhanku dan kemudian aku masuk syurga”

Abu Muwaihibah berkata “Wahai Muhammad, pilihlah kami”

Rasulullah berkata “ Tidak, wahai Abu Muwaihibah. Aku pilih bertemu dengan Tuhanku dan syurga”.

Dengan itu, bermulalah sakit beliau sejurus balik dari perkuburan BAQI’.

Sakit pertama ialah sakit kepala yang teramat sangat. Siti Aisyah bertanya “Wahai pesuruh Allah, adakah kamu sakit seperti kami sakit?”

Rasulullah menjawab “Kami para nabi. Kami sakit seperti kesakitan dua orang biasa”

Nabi menziarahi semua isterinya, rumah ke rumah. Tiba di rumah Maimunah, beliau tidak mampu lagi kerana sakit terlalu kuat. Beliau memanggil semua isterinya, dan meminta izin untuk di rawat di rumah Siti Aisyah. Rasulullah dipapah oleh Ali dan Fadl bin Abbas ke rumah Siti Aisyah.

Rasulullah kemudian demam panas yang sangat kuat. Menurut abu Said Al-Khudri “Aku tidak tahan meletakkan tanganku di atas dahi Muhammad kerana terlalu panas. Belum pernah aku melihat orang demam panas sampai begitu”

Muhammad pengsan kerana terlalu kuat demamnya. Apabila sedar, Rasulullah meminta dimandikan dengan tujuh bekas air dari perigi-perigi di Madinah. Dengan ikhtiar itu, demamnya semakin kurang.

Walaupun sakit kuat, beliau masih mengimami solat. Pada 9 Rabiul-Awal Tahun 11 HIJRAH, selepas solat Asar, beliau berucap dalam keadaan duduk.

Muhammad menyatakan “Sesungguhnya sudah dekat pemergianku daripada kamu semua. Barangsiapa yang pernahku rotan belakangnya, ini belakangku. Sila balas kepadaku. Barangsiapa yang pernah aku hina, ini diriku. Silalah dia membalasnya. Barangsiapa yang pernah aku ambil hartanya, ini hartaku. Silalah dia ambil kembali dan janganlah dia takut kemarahan dariku kerana itu bukan akhlakku. Sesungguhnya orang yang paling aku sukai di kalangan kamu ialah orang yang mengambil haknya daripada aku sekiranya dia mempunyai hak itu”

Kemudian, Rasulullah berkata lagi “Sesungguhnya seorang hamba di beri pilihan antara di serahkan kepadanya segala kekayaan dunia dan kekal di dunia kemudian dia masuk syurga ataupun dia bertemu dengan Tuhannya dan kemudian dia masuk syurga. Dia memilih untuk bertemu Tuhannya dan masuk syurga”

Abu Bakar menangis teresak-esak mendengar ucapan itu. Abu Bakar berkata “Bahkan kamilah yang menebus kamu dengan diri kami dan anak-anak kami, Wahai Muhammad”

Rasulullah meminta Abu Bakar menutup pintu-pintu rumah yang mengadap Masjid Nabawi, kecuali rumah Abu Bakar.

Rasulullah berkata “Sesungguhnya aku tidak mengetahui ada orang yang lebih baik persahabatannya denganku daripada Abu Bakar. Kalau aku boleh mengambil seorang kekasih, nescaya aku ambil Abu Bakar sebagai kekasih, tetapi aku adalah kekasih Allah. Hatiku penuh dengan cinta Allah”

Rasulullah berkata “Berbuat baiklah kepada Ansar kerana semua orang sedah bertambah harta mereka, tetapi harta Ansar tidak bertambah”

Semua orang bersiap untuk keluar dengan pasukan Usamah yang berkhemah di luar Madinah, tetapi menunggu kerana perkembangan kesihatan Rasulullah. Sakit Rasulullah semakin kuat apabila pulang daripada khutbah tadi. Beliau pengsan lagi.

Rasulullah berkeadaan begitu sehingga tiga hari, tidak mampu keluar dari rumah.
Rasulullah menyuruh Abu Bakar dipanggil untuk mengimami solat. Siti Aisyah risau kerana belum pernah orang lain mengimami solat kecuali Rasulullah.

Siti Aisyah berkata “Wahai pesuruh Allah, Abu Bakar ini orangnya lembut, suaranya perlahan. Setiap kali dia membaca Al-Quran dia menangis, kerana tangisannya itu bacaannya tidak dapat didengari. Mintalah orang lain menggantikannya menjadi imam”

Rasulullah tetap mengulangi arahannya berkali-kali walaupun Siti Aisyah memberi alasan yang sama berulang-ulang.

Siti Aisyah meminta Abdullah bin Zum’ah arahan Rasulullah itu tetapi Abdullah tidak berjumpa Abu Bakar kerana berada di hujung Madinah, di kampong isterinya Asma’ binti Umair.

Abdullah melihat Umar yang ada, dan memberitahu Umar supaya menjadi imam. Oleh kerana suara Umar kuat semasa mengimami solat, suaranya dapat didengari oleh Rasulullah.

Rasulullah bertanya “Dimana Abu Bakar? Dimana Abu Bakar? Allah dan rasulnya dan orang-orang Mukmin menolak hal ini. Allah dan rasulnya dan orang-orang Mukmin menolak hal ini.”

Selepas itu Abu Bakar mengimami solat selama 3 hari (Jumaat, Sabtu & Ahad). Rasulullah sakit teruk dan kadang-kadang pengsan.

12 Rabiul-Awal, subuh, Rasulullah merasakan sakitnya bertambah kuat. Dia menggagahkan diri keluar dari rumah (bersambung dengan Masjid). Rasulullah tersenyum melihat Abu Bakar mengimami solat subuh itu.

Sahabat terlalu gembira melihat Rasulullah dan hamper memberhentikan solat. Muhammad solat duduk di sebelah kiri Abu Bakar. Abu Bakar bergerak ke belakang menjadi makmum. Itulah suasana pada Subuh 12 Rabiuawal, tahun 11 Hijrah.

Selepas solat, Rasulullah merasakan sakitnya bertambah kuat, maka beliau naik ke mimbar untuk menyampaikan khutbah terakhir dalam keadaan duduk.

Kemudian Rasulullah turun dari mimbar dan pulang ke rumahnya. Kemudian, Abu Bakar ziarah Rasulullah dan menyatakan tahniah (sahabat melihat seperti Rasulullah sudah semacam sembuh), diikuti dengan Ali.

Selepas Ali keluar, semua orang berkerumum dan mahu tahu kesihatan Rasulullah, dan Ali berkata “ Aku lihat Muhammad sudah sihat”. Umat Islam di Madinah merasa gembira dengan khabar ini.


Read more...

Detik Terakhir Rasulullah sebelum Wafat-2

Menjelang pagi 12 Rabiul-awal Tahun 11 HIjrah, di rumah Siti Aisyah, sakit Rasulullah datang kembali. Rasulullah bersandar kepada Siti Aisyah. Rasulullah tidak dapat bercakap kerana terlalu sakit.

Pada masa itu, Abd Rahman bin Abu Bakar(adik beradik Siti Aisyah) sedang bersugi. Rasulullah memandang Abd Rahman, dan Siti Aisyah merasakan beliau mahu bersugi. Siti Aisyah minta izin dari Abd Rahman, menyiapkan bahagian kayu sugi yang belum digunakan dan memberikan kepada Rasulullah untuk beliau bersugi.

Siti Aisyah berkata “Aku melihat Muhammad bersuji dalam keadaan yang sangat berat. Tidak pernah sepanjang hidup aku melihat seperti itu”

Sakit Rasulullah semakin kuat dan peluh mencurah-curah dari kepalanya. Siti Aisyah menyapu muka beliau dengan air untuk meringankannya. Rasulullah berkata “ Wahai Aisyah, sesungguhnya mati itu mempunyai sakarat(kesakitannya)”

Rasulullah seperti mengulang-ulang satu kata-kata yang seakan diberi pilihan lagi untuk kali terakhir. Rasulullah berkata “Bahkan teman sejati di Syurga, bahkan teman sejati di Syurga”

Siti Aisyah berkata “Ketika beliau mengulang-ulang kata-kata itu, kepalanya terlentok ke bahuku dan pandangannya mendongak ke langit. Roh Muhammad sudah keluar daripada jasadnya untuk bertemu dengan Allah.

Aku meletakkan kepala Muhammad ke bantal, lalu aku menangis. Semua ahli keluarga Muhammad yang perempuan juga menangis. Tangisan kami dapat didengari hingga luar rumah”

Berita wafat Rasulullah tersebar. Ada dikalangan sahabat tidak percaya. Umar minta izin masuk dan dilihatnya Rasulullah.

Umar berkata “Pesuruh Allah belum wafat, tetapi tidak sedar diri sepertimana Nabi Musa tidak sedar apabila Allah melihatkan diriNya kepada Nabi Musa. Pesuruh Allah akan kembali dan aku akan memancung sesiapa yang mengatakan pesuruh Allah sudah wafat”

Abu Bakar dipanggil untuk meredakan keadaan. Abu Bakar melihat keadaan sekitar yang agak cemas dan seakan hilang pertimbangan. Abu Bakar melihat jasad Rasulullah ditempat tidurnya dan sudah diselimuti.

Abu Bakar mengucup dahi Muhammad sambil berkata “Kesejahteraan untuk kamu ketika kamu hidup dan ketika kamu mati, wahai pesuruh Allah. Adapun kematian yang Allah sudah tetapkan kepadamu sudah kamu rasai dan kamu tidak akan mati lagi selepas ini”

Selepas itu Abu Bakar mengucup dahi Rasulullah sekali lagi dan ditutup kembali jasadnya.

Abu Bakar ke mimbar masjid dan berkata “Bertenanglah wahai Umar”.

Umar masih memberikan ucapannya dan tidak mengendahkan. Abu Bakar mengulang lagi. Kemudian, Abu Bakar naik ke atas mimbar dan mula bercakap. Umar berhenti berucap dan turun dari minbar.

Abu Bakar berkata “Barangsiapa menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati. Barangsiapa menyembah Allah, Allah itu hidup dan tidak mati”.

Kemudian dibacakan ayat 144 Surah Ali Imran. Umar yang tadi berdiri, terus terduduk. Umar berkata “Adakah ayat ini ada di dalam Al-Quran”. Beliau yang hafaz Quran dan gagah, hilang pertimbangan.

Umar berpaling kepada sahabat dan berkata “Wahai sahabatku, Muhammad sudah meninggal dunia”. Kesedihan menguasai semua. Semua menangis. Sebahagian sahabat menyatakan mereka mencari tempat yang dapat menangis sekuat hati kerana beratnya ujian ini.

Sewaktu masuk waktu Zuhur, Bilal mahu azan tetapi kerana terlalu sedih, dia tidak azan. Bilal berkata “Demi Allah, aku tidak akan azan lagi selepas kewafatan pesuruh Allah”

13 Rabiulawal, hari kedua RAsulullah wafat, jasad beliau disemadikan ditampat beliau wafat (rumah Siti Aisyah).

Selepas sahabat Berjaya membebaskan Syam & Baitul Maqdis dari ROME pada zaman Umar, Umar datang sendiri ke Palestin untuk menerima kunci Baitulmaqdis. Umar memanggil semua tentera berkumpul di Bukit Golan.

Ini adalah pertemuan bersejarah selepas Rasulullah wafat kerana sahabat berkumpul setelah beberapa tahun tidak bertemu kerana sibuk berjihad di medan masing-masing. Untuk itu, Umar meminta Bilal azan pada salah satu waktu solat.

Bilal tidak pernah melaungkan azan selepas Rasulullah wafat. Atas permintaan Umar dan sahabat, ini pertama kali beliau azan selepas Rasulullah wafat. Dia tidak dapat menyelesaikan azannya. Bilal menangis dan para sahabat turut menangis.

Mereka teringat kembali Rasulullah dan perjuangannya yang agung dan suci. Islam, imam, kasih sayang, akhlak mulia, kehidupan mulia, pengorbanan dan penderitaan yang Rasulullah tanggung menjelma dalam ingatan mereka, seolah-olah mereka baru berpisah dengan Rasulullah.


Read more...

Monday, May 10, 2010

Renungan bersama.....sekilas pandang...=>


hari2 akhir di bilik(kolej zamrud)...selepas abis memjawab last pper final exam...9/052010














Read more...

Jalan Cinta Para Pejuang




Salman Al Farisi memang sudah waktunya menikah. Seorang wanita Anshar yang dikenalnya sebagai wanita mukminah lagi shalihah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai sebuah pilihan dan pilahan yang dirasa tepat. Pilihan menurut akal sehat. Dan pilahan menurut perasaan yang halus, juga ruh yang suci.

Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat
kelahirannya.
Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya. Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khithbah. Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada shahabat Anshar yang dipersaudarakan dengannya, Abu Darda'.

"Subhanallaah. . wal hamdulillaah. .", girang Abu Darda' mendengarnya.
Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasa
cukup, beriringanlah kedua shahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru
tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang shalihah lagi bertaqwa.


"Saya adalah Abu Darda', dan ini adalah saudara saya Salman seorang
Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah
memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang
utama di sisi Rasulullah Shallallaahu 'Alaihi wa Sallam, sampai-sampai
beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili
saudara saya ini melamar putri Anda untuk dipersuntingnya. ", fasih Abud Darda' bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.
"Adalah kehormatan bagi kami", ucap tuan rumah, "Menerima Anda berdua,
shahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang shahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami." Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

"Maafkan kami atas keterusterangan ini", kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang bicara mewakili puterinya. "Tetapi karena Anda berdua yang datang, maka dengan mengharap ridha Allah saya menjawab bahwa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda' kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawaban mengiyakan."

Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah. Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya! Itu mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah karena satu alasan; reaksi Salman. Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesadaran; bahwa dia memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya. Mari kita dengar ia bicara.

"
Allahu Akbar!", seru Salman, "Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda', dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!" ???

Cinta tak harus memiliki. Dan sejatinya kita memang tak pernah memiliki apapun dalam kehidupan ini. Salman mengajarkan kita untuk meraih kesadaran tinggi itu di tengah perasaan yang berkecamuk rumit; malu, kecewa, sedih, merasa salah memilih pengantar –untuk tidak mengatakan 'merasa dikhianati'- , merasa berada di tempat yang keliru, di negeri yang salah, dan seterusnya. Ini tak mudah. Dan kita yang sering merasa memiliki orang yang kita cintai, mari belajar pada Salman. Tentang sebuah kesadaran yang kadang harus kita munculkan dalam situasi yang tak mudah.

Saudara dan saudari sekalian, bagi ana, cinta itu adalah kita sanggup korbankan apa sahaja agar si dia sentiasa dalam kegembiraan, dan ingatlah saudara/ri sekalian, atas dasar ana cinta antum yang memegang tali yang sama, marila kita letak cinta teratas hanya pada Pencipta kita, Dia-lah Allah..kita korbankan apa sahaja agar si Dia sentiasa gembira, tapi malangnya, sudah berapa banyak perkara yang kita lakukan lebih kepada mengundang kemarahan Dia..taubatlah sekarang saudara/ri ku, "sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas....."(HR Bukhori wa Muslim).."Khinzir jika kita ternak dia secara islami pun, kita sentiasa mensucikannya hatta mengwudukkannya, menutup auratnya, sama' tubuh badannya, jilbab keliling badan, namun sedarlah saudara/ri sekalian, ia tetap akan haram jika perkara itu sudah dilarang dan termaktub larangannya dalam al-quran..harap faham apa yang tersirat yang ingin ana sampaikan..ingatlah, neraka Allah amat dahsyat, semoga kita tidak dipanggil oleh-Nya dalam keadaan kita bermaksiat di hadapannya..Ampunkanlah dosa2 kami ya Allah..kami bertaubat kepadaMu, kami hina dan alpa sebelum ini, kami dikaburi dengan keindahan dunia serta bisikan syaitan laknatullah..ampunkanlah dosa-dosa yang kami sedar mahupun tidak..maafkan kami yang selalu meletakkan cinta teratas bukan padaMu, walaupun kami tahu tahapan kecintaan yang Kau katakan dalam kitab suciMu adalah Allah, Rasul dan Jihad ya Allah (9:24)..janganlah Kau matikan kami dalam keadaan bergelumung dengan dosa ya Allah, matikanlah kami dengan kesudahan yang baik, sempatkanlah lidah kami mengucap kalimah toyyibah, kalimah LAILAHAILLALLAH......Amin YA GHAFFAR, YA RAHMAN, YA RAHIM.....


Read more...

BERITAHULAH : “ aku kasih padamu ”

Daripada Miqdam Bin Ma’di Kariba RA, Nabi SAW bersabda : “ Apabila seseorang insan mengasihani saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihaninya.” ( Riwayat Abu Daud dan Al Tirmizi )

Ulasan Hadis :

1. Di dalam hadis ini Nabi SAW menganjurkan kepada kita supaya menyatakan rasa kasih kepada saudara seislam yang kita kasih dan sayang.

2. Perbuatan ini akan meyemarakkan lagi hubungan ukhuwah yang terjalin sesama saudara kita, teman kita, rakan kita, lebih-lebih lagi terhadap seseorang yang selayaknya kita nyatakan rasa kasih seperti kepada ibu bapa kita, suami isteri, murid dan gurunya. Namun ianya perlu di jaga, menyatakan rasa kasih ini bukan sewenangnya hingga kita berbuat sesuatu yang terlarang dalam Islam dengan menyatakan rasa kasih pada seseorang yang tidak halal bagi kita (bukan mahram).

3. Kekuatan ummat Islam adalah terletak kepada ukhuwah dan kesatuan hati, andai ianya lemah maka akan lemahlah binaan kesatuan ummat Islam. Sebagai mengukuhkan hubungan persaudaraan ini kita digalakkan untuk memberitahu pada saudara kita bahawa kita kasih padanya kerana ALLAH.

4. Adakalanya seseorang teman, keluarga, sesama saudara dsb tidak mengetahui bahawa kita mengasihinya dan mengambil berat terhadapnya, begitu juga sebaliknya. Dengan cara melafazkan dan meluahkan maka akan menambah rasa senang hati dan terlerailah rasa perasangka buruk di hati kita terhadapnya. Jika ada terselit rasa benci, marah mahupun dendam maka tepadamlah segala sifat mazmumah tersebut.

5. Jika ada dikalangan kita yang bersengketa, leraikanlah, jika ada yang masih menaruh perasaan dendam terhadap saudaranya, hilangkanlah, dan andai wujud permusahan dan rasa benci bunuhlah perasaan itu, semuanya kerana cintakan ALLAH dan Nabi SAW.


6. Oleh itu, sama-samalah kita bina dan memupuk ukhuwah yang sihat sesama saudara seislam, sepertimana yang telah diajarkan oleh Nabi SAW. Setelah kita berkasih sayang kerana ALLAH, maka akan mudahlah segala urusan kehidupan kita di dunia dan akhirat.WALLAHU’ALAM.


Read more...