BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 22, 2011

Muroc 2011

Sebagai maklumat:
Jangan lupa doakan kejayaan kami Team IRC Robotik club,FKE UiTM Shah Alam dalam "Muroc 2011" (Malaysia University Robot Competitions) yang akan berlangsung di UniMap Perlis pada 24/02/2011 hingga 27/02/2011 ni..
Antara pertandingan yang bakal berlangsung disana iaitu "PINBALL ROBOT COMPETITION", "FIRE FIGHTING COMPETITION" dan "ROPE CLIMBING ROBOT COMPETITION"..
Moga segala2nya dipermudahkan serta membawa pulang kejayaan dan seterusnya menaikan nama fakulti kejuruteraan Elektrik secara amnya dan menaikan nama UiTM Shah Alam khasnya... insyaAllah..
Mohon doa dari teman2 sekalian.. Moga Allah permudahkan segala2nya..=)

jemput ziarah ke blog www.ircfkeuitm.blogspot.com or laman facebook " irc fke uitm"....


Read more...

Tuesday, February 15, 2011

Ayat-ayat Cinta - Part 8 [HD]_azizi



Salah satu bahagian dalam filem "Ayat-ayat Cinta"
pengajaran:
1) Jangan kita rasa kita ni baik & selalu melakukan perkara2 yang betul sentiasa, kerana Allah suka menguji hamba-hamba-Nya..
janganlah meyalahkan Allah kalau Allah menguji seteguh mana iman, dalam diri kita ini.....
kita hanya manusia biasa yang ingin menjadi luar biasa di sisi pencipta-Nya. Kita tak terlepas dari melakukan kesilapan, tetapi Allah Maha Pengampun. Allah akan mengampuni dosa hamba-hambaNya yang bertaubat & menyesali kesalahan-kesalahan yang pernah buat oleh mereka & berjanji agar tidak mengulanginya lagi....
2) Seperti yang ramai orang ketahui, Allah ada berjanji dalam al-Quran ; lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.
terkadang Allah hendak menberi "BONUS" kepada hambaNya yang redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan-Nya.
Tentang isu jodaoh: Semua orang ingin kan pasangan yang baik dari semua segi seperti baik dari segi agama, akhlak yang baik, rupa paras, keturunan, dan sebagainya.
Tapi kadang-kadang kita telah ditakdirkan dengan mendapat pasangan yang bukan seperti yang kita kehendaki. kalau kita Redha, insyaAllah kelak Allah akan membalas segala2 yang jauh lebih baik di Akhirat kelak... di syurga insyaAllah...(seperti Nabi Nuh & Asiah isteri Firaun)
Cintailah orang lain seperti mana kita mencintai diri kita sendiri. mari semua teman-teman, kita menyelami hati kita dan selalu membersihkan hati kita agar selalu mendapat hidayah dari Allah. Jaga diri, jaga hati, jaga iman & jaga akhlak mu....
bukti Islam & iman ada dalam diri kita, ialah kita menghasilkan atau menbuahkan akhlak yang baik pada diri dan kelakuan kita..
sia-sia lah jika banyak ibadat-ibadat yang telah kita lakukan, tetapi tidak membuahkan akhlak yang baik oleh diri kita sendiri

jangan lupa dapatkan majalah SOLUSI isu no 28: "Tanpa Akhlak Rosak Ibadah"....


Read more...

Allah Maha Pengampun--La Tahzan- (Dr Aidh Al Qarni)_azizijb.blogspot.com



_dri buku "Laa Tahzan".....


Read more...

Sunday, February 13, 2011

ESQ Training SC2 (Self Controlling & Strategic Collaboration)


Assalamu'alaikum wrt. wbh.
Pagi!! Para Alumni yang dihormati dan dirahmati di bawah limpahan kasih sayangNYA.. Terokailah kemampuan, kelebihan juga kekurangan diri serta bagaimana mencemerlangkannya.. dalam ESQ Training SC2 (Self Controlling & Strategic Collaboration). Kini buat julung kalinya di Malaysia, ESQ SC2 Malaysia angkatan pertama dibuka pada semua alumni ESQ yang telah mengikuti basic training. Dibawakan oleh Dr.Ary Ginanjar Agustian, Pengasas ESQ Model.

Jangan lepaskan peluang dengan promosi "Daftar 2, Percuma 1".
Terima Kasih...


Read more...