BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 4, 2011

Mengapa Ambil Multi? NUTRILITE DOUBLE X Multivitamin/ Multimineral/ Pekatan 102883

Mengapa Ambil Multi?


Rentak kehidupan hari ini yang begitu pantas dan tuntutan gaya hidup yang semakin mendesak boleh menjejaskan niat baik kita untuk mengamalkan diet yang lebih menyihatkan. Diet yang menyihatkan boleh membantu dalam memberikan stamina, tenaga dan kesihatan yang berpanjangan yang kita perlukan untuk menjalani kehidupan dan mencapai matlamat kita.

Kebanyakan individu berhadapan dengan pelbagai cabaran pemakanan setiap hari, di mana mereka tidak berupaya untuk:

  • makan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh.
  • makan makanan yang berasaskan tumbuhan yang secukupnya untuk kesihatan yang baik (berdasarkan kaji selidik kesihatan global).
  • mengehad pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan gula yang tidak sihat.

Sudah pasti tiada apa yang boleh menggantikan vitamin, mineral, serat dan nutrien-nutrien lain yang terdapat dalam makanan lengkap. Tetapi apabila kita tidak boleh atau tidak makan apa yang perlu, terdapat cara untuk menambah nutrien yang kita perlukan. Pada 2002, satu laporan dalam jurnal perubatan yang terkemuka, JAMA (Journal of the American Medical Association), mengesyorkan bahawa semua orang dewasa mengambil multivitamin setiap hari sebagai satu cara untuk memastikan pengambilan vitamin dan mineral penting yang secukupnya.1

1 Clinical Applications: Vitamins for Chronic Disease Prevention Robert H. Fletcher, MD, MSc; Kathleen M. Fairfield, MD, DrPH JAMA (Journal of American Medical Association). 2002; 287: 3127-3129

Apa yang Tiada dalam Multi Anda?

Banyak multivitamin menawarkan kumpulan vitamin dan mineral yang standard, kebanyakannya 100% Pengambilan Harian yang Disyorkan (RDI). Tetapi apa yang menjadikan multi berbeza? Jawapannya ialah pekatan tumbuhan.

Sementara kuantiti nutrien telah menjadi fokus utama pada masa lalu iaitu pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia telah menetapkan keperluan minimum bagi vitamin dan mineral, protein, karbohidrat dan lemak, kualiti nutrien semakin diiktiraf sebagai memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Penyelidik kini menyedari kepentingan fitonurien – nutrien yang ditemui dalam makanan-makanan yang berasaskan tumbuhan.

Banyak kajian menunjukkan pengambilan makanan berasaskan tumbuhan yang tidak mencukupi sebagai kekurangan yang paling ketara dalam pemakanan yang baik. Oleh kerana sukar untuk memastikan bahawa seseorang individu sentiasa memperoleh pelbagai jenis makanan berasaskan tumbuhan secara konsisten, suplemen pemakanan berasaskan tumbuhan dicipta untuk mengisi kekosongan dalam diet mereka untuk mengembalikan kesimbangan.

Pekatan Tumbuhan – Teras Nilai Kita

Fitonutrien juga dirujuk sebagai fitokimia. Fitonutrien adalah sebatian bioaktif semula jadi yang diperolehi daripada sumber tumbuhan. Ia bukan vitamin atau mineral. Fitonutrien adalah sebatian yang tertumpu di dalam kulit kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan bersama-sama dengan warna, bau dan rasa.

Kesemuanya adalah bahan kimia tumbuhan tidak berzat yang mempunyai kesan berharga terhadap pencegahan penyakit. Peranannya dalam tumbuhan ialah untuk melindungi tumbuhan daripada penyakit, serangga, haba berlebihan, sinar UU selain bahan cemar di udara dan tanah. Dalam erti kata lain, fitonutrien adalah sebahagian daripada sistem imun tumbuhan.

Mengapa Fitonutrien itu Penting?

Fitonutrien telah dikenal pasti mengandungi khasiat yang mempunyai kesan berfaedah bagi kesihatan. Satu daripada peranan fitonutrien yang paling penting ialah sebagai antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas. Fitonutrien juga membantu dalam menguatkan respons imun badan kita.

Fitonutrien seperti karotenoid dan flavonoid bertindak seperti perisai pelindung untuk mengelakkan bahan cemar dan kuman daripada memasuki sel. Selain itu, fitonutrien melindungi sel badan daripada kerosakan selular. Ia membantu sel-sel pulih sendiri dengan merangsang pembebasan enzim-enzim pelindung atau enzim-enzim yang membina semula sel-sel yang rosak

Senarai Pekatan Tumbuhan

Sokongan Optimum Setiap Hari

Dengan gaya hidup kita yang sangat sibuk, kebanyakan kita akan mengambil makanan yang diproses dan/atau makanan yang telah disimpan untuk tempoh yang lama. Kita mungkin tidak mampu memakan buah-buahan, sayur-sayuran segar dan bijirin penuh atas pelbagai sebab. Selain itu, kita berdepan dengan stres fisiologi dalam peranan dan tanggungjawab harian kita. Semua ini menyumbang kepada kurangnya nutrien-nutrien penting yang kita perlukan untuk tenaga dan vitaliti.

Gaya hidup yang sibuk boleh memberi kesan terhadap kesihatan anda. Oleh itu, anda pasti inginkan multi yang meliputi semua asas dan memberikan anda:

  • Perlindungan dari dalam dan luar
  • Vitaliti jangka panjang
  • Stamina yang bertahan lama

12 Vitamin

Membantu Menyokong

Vitamin A

(75% beta karotena)

Mata dan kulit yang sihat, pembentukan tulang dan sistem imun

Vitamin D

Tulang dan gigi yang sihat, dan penyerapan kalsium

Vitamin E

Kesihatan jantung dan selular

Vitamin C

Kekuatan sistem imun, membran sel, tisu penghubung dan kapilari

Asid Folik

Kesihatan kardiovaskular dan pranatal

Tiamin (B1)

Pengeluaran tenaga dan fungsi saraf

Riboflavin (B2)

Pengeluaran tenaga dan fungsi saraf

Niasin

Pengeluaran tenaga, kulit yang sihat dan fungsi saraf

Vitamin B6

Pengeluaran tenaga, hormon dan sel darah merah

Vitamin B12

Fungsi sel dan sistem saraf yang sihat

Biotin

Pengeluaran tenaga dan rambut dan kuku yang sihat

Asid Pantotenik

Pengeluaran tenaga, hormon dan metabolisme selular

9 Mineral

Membantu Menyokong

Kalsium

Tulang yang kuat dan pengecutan otot

Iodin

Fungsi tiroid yang sihat

Magnesium

Tulang yang kuat dan fungsi otot, faktor bersama dalam metabolisme tenaga

Kuprum

Sistem saraf

Zink

Sistem imun, sendi dan tisu

Mangan

Aktiviti otot dan saraf, dan pengeluaran tenaga

Selenium

Struktur sel dan interselular, sistem pertahanan antioksidan badan, dan sistem imun

Kromium

Paras glukosa dan karbohidrat, metabolisme protein dan lemak

Molibdenum

Metabolisme dan fungsi sel, penggunaan simpanan zat besi badan

17 Plant Concentrates

Fungsi

Tomato

Perlindungan radikal bebas dan pertumbuhan sel normal

Marigold

Perlindungan radikal bebas, pertumbuhan sel normal dan mata yang sihat

Bioflavonoid Sitrus

Perlindungan radikal bebas, pertumbuhan sel normal, peningkatan sistem imun, dan kekuatan tisu penghubung dan kapilari

Kubis Daun

Perlindungan radikal bebas, enzim pelindung dan pertumbuhan sel normal

Alfalfa

Perlindungan radikal bebas dan pertumbuhan sel normal

Epal

Perlindungan radikal bebas dan pertumbuhan sel normal

Asparagus

Perlindungan radikal bebas, enzim pelindung dan pertumbuhan sel normal

Beri Biru

Perlindungan daripada stres selular, perlindungan radikal bebas dan pertumbuhan sel normal

Anggur

Perlindungan daripada stres selular, perlindungan radikal bebas, pertumbuhan sel normal dan kesihatan kulit

Oregano

Perlindungan daripada stres selular, perlindungan radikal bebas dan pertumbuhan sel normal

Prune

Perlindungan radikal bebas

Rosmeri

Perlindungan radikal bebas, enzim pelindung dan pertumbuhan sel normal

Brokoli

Enzim pelindung dan pertumbuhan sel normal

Kranberi

Perlindungan radikal bebas, pertumbuhan sel normal, kesihatan jantung dan perlindungan daripada stres selular

Delima

Perlindungan radikal bebas, enzim pelindung dan kesihatan jantung

Sej

Perlindungan radikal bebas dan enzim pelindung

Ceri Aserola

Perlindungan radikal bebas

Apa itu Double X?

Ciri-ciri & Faedah

Multivitamin DOUBLE X membekalkan 12 vitamin penting.

Multimineral DOUBLE X membekalkan 9 mineral penting.

Pekatan DOUBLE X membekalkan 12 jenis pekatan tumbuhan yang berbeza

Memberi jumlah vitamin, mineral dan fitonutrien berfaedah yang optimum untuk jaminan pemakanan.

Multivitamin/Multimineral/Pekatan DOUBLE X mengandungi Sebatian Tumbuhan Fitonutrien daripada 17 sumber tumbuhan iaitu ceri aserola, alfalfa, bioflavonoid sitrus, oregano, brokoli, epal, asparagus, kranberi, anggur, kubis daun, marigold, tomato, delima, prun, rosmeri, beri biru liar dan sej

Memberi bahan tumbuhan semula jadi dan fitonutrien yang berharga (sebatian tumbuhan).

Salutan NUTRILOCK

Salutan ini tidak mengandungi lilin atau pengisi, yang membolehkan suplemen melarut dengan cepat dan nutrien boleh diperolehi. Juga memudahkan tablet untuk ditelan.

Tiada bahan pengawet, perisa tiruan atau bahan pewarna yang ditambah

Sesuai terutamanya bagi mereka yang mahu mengelakkan bahan tambahan sintetik.

62 tablet multivitamin, 62 tablet multimineral, dan 62 tablet pekatan dalam setiap pek

Bekalan satu bulan yang menyenangkan; anda boleh membawanya bersama anda ke mana-mana sahaja.

Dicipta untuk dimakan dua kali setiap hari dengan sajian

Memberi asas yang kukuh untuk sebarang program suplemen. Dua kali sehari memberikan dua peluang untuk badan anda menyerap nutrien.

Pembungkusan kedap udara

Memastikan kualiti dan integriti produk.

Bagaimana harus mengambil Double X?

Arahan pengambilan:

NUTRILITE Double X™ adalah suplemen dietari. Orang dewasa harus memakan 2 kali setiap hari bersama sajian:

  • 1 tablet multivitamin (warna emas),
  • 1 tablet multivitamin (warna perak) dan
  • 1 tablet pekatan (warna gangsa)

Bila seharusnya saya mengambil NUTRILITE Double X?

Double X harus diambil dua kali sehari bersama sajian. Banyak nutrien dalam Double X adalah larut air, yang bermakna bahawa ia mengalir dalam tubuh agak cepat setelah ia diserap.

Bagi mengekalkan tahap optimum nutrien ini dalam plasma, adalah penting untuk memakan Double X dua kali sehari. Double X harus dimakan bersama sajian, kerana banyak nutrien dalam suplemen ini terserap lebih baik apabila makanan hadir dalam sistem pencernaan.

Apakah cara terbaik untuk menyimpan produk ini?

Simpan tablet yang belum diguna dalam pek kerajang timah di ruang-ruang bekas penyimpan Double X selepas mengeluarkan jumlah tablet yang diperlukan untuk pengambilan setiap hari. Simpan bekas penyimpan di tempat yang sejuk dan kering di bawah 25°C kerana pekatan tumbuhan semula jadi dalam tablet akan bertukar menjadi warna gelap jika terdedah pada kelembapan yang tinggi. Ini tidak menjejaskan perisanya atau kemujarabannya.

Siapa yang harus mengambil Double X?

Bakal Pengguna

Sesiapa yang:

  • mempunyai keluarga, ingin mencapai kesihatan optimum dan mempunyai tenaga sepanjang hari!
  • yang tidak pasti tentang kandungan nutrien makanan yang mereka makan kerana makanan tersebut sangat diproses, dimasak atau telah disimpan dalam tempoh masa yang berlanjutan, oleh itu mengurangkan kesegarannya.
  • yang menjalani gaya hidup aktif dan mahukan tenaga sepanjang hari.
  • sedang mengalami stres fisiologi kerana ia boleh "melenyapkan" nutrien penting tubuh.
  • yang mendapati dirinya sukar untuk memakan jumlah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijian lengkap yang mencukupi setiap hari.
  • merupakan warga tua atau menghadapi kesukaran untuk memakan pelbagai makanan.

0 comments: