BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 4, 2010

The Divine Book pt. 9 (Bukti Semua Nabi Adalah Islam

Saya dedikasikan episod ini kepada setiap orang ataupun kumpulan yang cuba untuk meruntuhkan siri ini(The Divine Book).
Dan juga setiap orang ataupun kumpulan muslim yang bukan sejati yang cuba untuk memutarbelitkan makna perpaduan dan kebenaran.

Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian), marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan tidak sekutukan-Nya sesuatu juapun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil orang-orang lain sebagai pujaan selain dari Allah." Kemudian jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Quran, Surah Al-Imran:64)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hidup ini merupakan satu perjalan.....

Perjalanan inilah ujian kita.....

Banyak kali kita akan hilang arah dan hilang tujuan hidup... dan membiarkan benda-benda tidak penting untuk memenuhi impian dan matlamat hidup kita....

Kita hilang tumpuan akan perjalanan kita, dan juga hilang tujuan hudup... sementara roh dan jiwa kita merindukan untuk menemui Pencipta kita....

Pencipta yang sama yang telah menciptakan segala yang wujud, supaya kita boleh menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Ilahi untuk mencari dan menemui-Nya....

Apakah yang diperlukan untuk kita mengatasi perbezaan yang diciptakan manusia dan bersatu di bawah satu Pencipta yang begitu agung?....

Kamu boleh pilih untuk menonjolkan perbezaan kita....

kamu juga boleh memilih untuk memanggil diri kamu apa saja yang kamu ingin...

sunni, shia'h, kristian, yahudi, buddha, rastafarian, zoroastrian, hindu, dan lain-lain...

tetapi kamu perlu tahu bahawa Tuhan telah memilih satu saja nama untuk mereka yang betul-betul percaya.

Dan apabila kamu melihat di sebalik semua perbezaan ini, kamu mungkin akan terkejut melihat apa yang kamu akan temui...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Di dalam Al-Quran, Tuhan Maha Besar telah bersabda..
"Satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah adalah Islam..."
Jadi bagaimana pula dengan yahudi?
Bagaimana pula dengan Kristian?
Tidakkah mereka wujud? Betulkah agama Yahudi dan Kristian?
Saya akan berkata ya, tetapi bukan dengan nama.
Nama-nama ini tidak pernah wujud.
Kerana bagaimana berasalnya perkataan "Yahudi"?
Kamu akan bertanya kepada orang-orang pakar Yahudi!
Tanya mereka, dari manakah asalnya perkataan Yahudi??
Adakah ia terdapat di dalam kitab kamu?
Kitab Yahudi iaitu Kitab Injil lama. Terdapat 5 buku asal kitab ini dan antaranya ialah Genesis.
Dan kelima-lima buku ini sepatutnya dipanggil "Taurat" yang bermaksud undang-undang.
Inilah asas-asas ajaran nabi Musa.
Adakah perkataan "Yahudi" terkandung di dalam kitab Taurat?
Dia akan berkata, Tidak!
Adakah ia terdapat di dalam kitab Talmud?
Dia akan berkata, Tidak!
Adakah ia terkandung di dalam Mithna?
Dia akan berkata, Tidak!
Dan dari mana asalnya perkataan itu?
Dari mana kamu dapat perkataan "Yahudi" ini?
Adakah nabi Musa menyebut perkataan "Yahudi"?
Dia akan berkata, Tidak!
Baginda tidak pernah menggunakan perkataan "Yahudi".
Jika nabi Musa hidup hari ini, dan kita berkesempatan untuk bertemu dengannya,...
kamu tanya baginda, apakah agama kamu sebenarnya?
Apakah nama agama kamu sebenarnya?
Saya tidak mengharap untuk baginda menjawab "Yahudi"!
Kerana baginda tidak pernah mendengar perkataan itu sepanjang hidupnya!
Apa yang saya harap untuk baginda jawab ialah...
"Agama saya adalah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan".
Sebuah jawapan yang sangat cantik untuk agama yang baginda sebarkan.
Sekarang, satu perkataan ringkas untuk ayat tadi di dalam bahasa Arab ialah ISLAM!!
Baginda hanya memberikan sebuah penerangan iaitu agama menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan(Allah).
Satu perkataan ringkas untuk ayat itu di dalam bahasa Arab ialah Islam.
Judaism(Yahudi) berasal dari perkataan "Juda" yang merupakan nama bagi salah seorang anak Ya'akub.
Dan orang-orang luar memanggil agama yang diikuti oleh anak-anak "Juda" di negeri "Judia" sebagai Judaism(Yahudi)!
Itulah asalnya perkataan Judaism.
Ia bukan di dalam Taurat, bukan di dalam Talmud, bukan di dalam Mithna, tetapi ia merupakan satu perkataan ciptaan.
Mereka semua menyukai nama itu dan mula menggunakannya, Judaism.
Nabi Musa tidak pernah dengar perkataan Judaism.

Bagaimana pula dengan perkataan Kristrian?
Jika kita berkesempatan untuk bertemu pula dengan Nabi Isa dan bertanya kepadanya,...
"Apakah pula agama kamu wahai Isa?"
Saya tidak mengharapnya untuk menjawab Kristian!
Kerana baginda juga tidak pernah mendengar perkataan itu!
Percayalah, baginda tidak pernah mendengar perkataan Kristian sepanjang hidupnya! Perkataan "Christ" tidak pernah didengar oleh baginda juga!
Apa pula yang kamu harap baginda menjawab?
Apa yang saya harap untuk baginda jawab ialah...
"Agama saya adalah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah."
Dan satu perkataan ringkas untuk ayat itu di dalam bahasa Arab ialah Islam.
Agama baginda adalah Islam, agama nabi Musa juga adalah Islam dan mereka adalah Muslim!

Adakah itu bermaksud yang mereka mengikut ajaran Muhammad?
Tidak!
Kerana perkataan Muslim bermaksud seseorang yang menyerahkan dirinya kepada Tuhan.
Ibrahim seorang Muslim, Daud seorang Muslim, Sulaiman seorang Muslim, Isa seorang Muslim, Muhammad seorang Muslim.
Sesiapa saja yang menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada Tuhan adalah seorang Muslim!
Alam semulajadi juga adalah Muslim kerana mereka semua berserah diri sepenuhnya kepada Tuhan.
Tetapi sesetengah manusia akan juga berpaling dari Tuhan dan tidak suka berserah diri kepada-Nya.
Mereka berkata: "Kami tidak percayakan Tuhan dan berkata macam-macam lagi tentang diri mereka".
Namun kesemua benda semulajadi seperti matahari, bulan, bintang, tumbuhan, planet, semuanya berserah diri kepada Tuhan!
Oleh itu kita panggil mereka juga Muslim!
Hanya segelintir manusia yang tidak berserah.
Jadi dari manakah asalnya perkataan Kristian?
Adakah ia terkandung di dalam kitab Injil?
Tak ada! Perkataan Kristian tidak terkandung di dalamnya!
Tetapi ada terkandung perkataan "Christ" di dalamnya.
Musuh-musuh ataupun mereka yang menentang ajaran nabi Isa memanggil pengikut nabi Isa sebagai "Kristian".
Menekankan bahawa mereka adalah orang-orang yang menyembah nabi Isa.
Jadi, mereka dipanggil oleh musuh-musuh mereka sebagai Kristian.
Nabi Isa tidak menciptakan perkataan Kristian. Tidak sama sekali. Musuh-musuh mereka yang memanggil mereka Kristian.


Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaran-Nya?
Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya? (QS.Al-Imran:70-71)

Apabila iman memasuki hati seseorang... maka Allah memasukkan juga Nur(Cahaya) ke dalamnya. Dan dengan cahaya itu, hati itu boleh melihat apa yang mata tidak mampu lihat. Dan Allah, iaitu Tuhan yang Satu, bersabda "Dan Kami menurunkan kitab ini wahai Muhammad, turun-Nya supaya ia dapat menerangkan tiap-tiap sesuatu". Dan bagi mereka yang mempunyai akal fikiran dan kebijaksaan untuk mencuba meneroka Kitab itu dan mengkaji kitab Allah, dan mencari apa yang dapat menerangkan dan apa yang dapat memberi hidayah. Dan kemudian mereka menerimanya, dan mendakapnya, dan kemudian mengamalkannya di dalam kehidupan mereka. Berita baik dan sukacita bagi mereka!
Sheikh Imran Hosein


One God, One Original Message.....( Satu Tuhan, Satu Pesanan Asli)

Namun ramai yang menolak.

0 comments: