BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 15, 2010

04-JANGAN MELEBIHI TUHAN(ALLAH)




Kadangkala amat menakutkan kita mendengar ucapan sesetengah orang. Saya pernah mendengar seseorang menyebut "dosa-dosa si pulan tidak akan diampunkan Allah". Ringan perkataan itu di lidahnya, amat berat kesalahannya di sisi Allah.

Sejak bilakah pula kita dijadikan wakil Tuhan dalam memutuskan rahmat atau kelaknatan di kalangan hamba-hamba-Nya? Kita menolak manusia ingin kembali ke daratan keampunan Allah hanya kerana emosi kita, sedangkan Allah sendiri mengisytiharkan keluasan rahmat-Nya untuk semua.

Marilah kita berkempen untuk manusia mendapatkan rahmat keampunan Allah ini. Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja, tetapi juga semua muda-mudi di jalanan dan pusat hiburan, artis di pentas, pemimpin di gelanggang politik dan seterusnya. Jangan menghukum seseorang itu sebagai tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan roh masih di jasadnya dan hukuman Allah belum pun kita tahu.

Nabi SAW bersabda: "Jika seseorang berkata: binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa"
(Riwayat Muslim)

Hadis ini bermaksud apabila seseorang berkata dengan tujuan merendahkan orang lain dan membanggakan dirinya seakan orang lain tidak mendapat kerahmatan, maka dialah akan dibinasakan Allah.

Dakwah agama ini hendaklah merentasi sempadan-sempadan yang dibikin oleh kita sendiri. Rahmat Allah mestilah disebarkan ke semua daerah hidup yang berbagai. Sama ada yang berada di gelanggang sukan, ataupun di pentas filem, atau di medan politik atau apa sahaja.

Janganlah perbincangan agama hanya menggambarkan seakan semua manusia akan memasuki neraka semata, lalu kita lupa Allah ialah Tuhan Yang Maha Rahmat. Ungkapan-ungkapan agama ini adalah ungkapan memberikan harapan, bukan menimbulkan kekecewaan.

Sehingga dalam hadis Nabi SAW bersabda: "Seorang telah melakukan satu dosa , lalu dia berkata: wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya- dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampunkan dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku ini, buatlah apa yang kau mahu.... aku ampunkan engkau".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim, dan lataz adalah lafaz Muslim).

Manusia melakukan dosa, tapi mencerikan hal seorang hamba yang bertaubat bersungguh-sungguh, namun die gagal mengawal dirinya lalu tetap terjatuh ke dalam dosa tersebut.

Setiap kali berdosa die ikhlas memohon keampunan oleh Allah SWT. Hadis ini juga memberikan semangat kepada mereka yang telah bersalah berulang kali untuk bertaubat bukan berputus asa dan terus mengikut jejak langkah syaitan.

Walaupun barangkali orang lain akan menyebut kepadanya "tidak guna kau bertaubat, sudah barapa kali kau tetap gagal kekal atas taubatmu", namun Allah tidak berkata demikian. Dia Yang Maha Pengampun tetap membuka pintu selagi hamba-Nya itu jujur dan ikhlas merintih kepada-Nya.

Jika Allah menutup pintu, maka kekecewaan akan meliputi jiwa hamba yang seperti ini dan akhirnya dia akan terus tenggelam dalam kejahatan. Namun dengan dibuka seperti ini, insan akan terus berusaha kembali kepada Allah setiap kali tergelincir.

0 comments: